Bab 65

1.4K 43 22
                                    

Hai semua disebabkan atas perminataan ramai, saya update chapter kali ni. maaf busy sikit sebab saya tengan siapkan novel baru.komen vote tau semua. muah.

" Assalamualaiku..Papa..Maaf ganggu..Ada emergency. Rayyan kena balik KL sekarang"

" Kenapa ni Rayyan?"

" Emergency Papa. Rayyan tak boleh cakap sekarang . Please Papa. Dont ask me now"

" Ok. Kita bincang kemudian. Hal Hotel Papa uruskan . Hati-hati Rayyan "

" Thanks Papa. Assalamualaikum"

Panggilan di letakkan. Rayyan mendail nombor seseorang. Hatinya resah. Bingung memikirkan keadaan Adriana yang diculik dan juga sedang berbadan dua. Dia cuba untuk mengelak dari berfikir bukan-bukan. Hatinya kuat mengatakan Adriana selamat.

"Zack . Aku tau Ana kat mana. Kau standby sekarang ! Dalam 1 jam aku sampai "

-------------------------------------------------------
" Tuan Rayyan call suruh kita bersedia.."

Zack, Damian dan Jessi berada di ruang tamu. Jessi mundar mandir sejak dari siang tadi. Risau di manakah keberadaan Adriana. Hati gadis itu tak tenteram, menyalahkan diri sendiri atas kecuaiannya.

" Jess memang tak guna.. Jess tak jaga Puan Ana .. Allah.. Jess menyesal sangat.."

" Bukan salah Jess. Salah kami berdua sebab tak jaga kat depan semasa Puan Ana keluar.. Nak salah kan Puan Ana pun tak boleh.. " Kata Zack . Memang semasa Adriana keluar, mereka berdua sibuk melakukan hal-hal lain. Benda nak jadi.

" Jess rasa bersalah sangat.. Puan tengah mengandung.. Kalau apa-apa jadi.. Jess boleh masuk penjara"

" Sudah.. Jangan saling menyalahkan.. Tuan kata dia tahu Puan Ana kat mana.. "

Damian dan Jessi serentak memandang Zack. Mulut masing-masing terlopong mendengarnya.

" Puan Ana di culik ke?"

Soal Jessi .

" Ye .. saya rasa.. Angkara Danial.."

" What ? Danial lagi ?"

" Ya.. Dia berdendam. Selagi dia tak dapat Puan Ana.. Dia tak tenteram. Psiko si bangsat tu!"

Jessi duduk di sofa dengan keluhan berat di lepaskan. Dadanya rasa senak. Air mata tidak berhenti mengalir. Zack dan Damian hanya diam membisu. Kasihan melihat Jessi menangis teresak-esak.. Mereka hanya mampu melihat dan menunggu Rayyan tiba.

Ana....Kuat ya Ana.. Jess tahu Ana kuat ...

Jessi meraup wajahnya yang sudah basah dek air mata. Dia tidak malu untuk menangis di hadapan Zack dan Damian, tangisnya sukar di tahan. Biar diluahkan semua yang dia rasakan sekarang. Mulut nya tidak berhenti berdoa.

---------------------------------------------------

Adriana tersedar , dia membuka matanya perlahan-lahan. Adriana berada di dalam bilik serba putih. Tangannya terikat ke hadapan. Dia berada di atas katil queen. Peluh merenik-renik di dahi. Tekak terasa kering. Kepalanya masih pening. Bilik yang agak panas tu menyebabkan dia rasa sesak nafas. Otaknya sedang memproses apa yang sedang berlaku.

Aku kat mana ni?

Dia cuba bersandar si katil. Dia memandang kanan dan kiri. Tingkap semua tertutup rapat.Pintu terkuak. Kelihatan wajah yang cukup di kenalinya. Lelaki itu tersenyum lebar melihatnya.

" Hai Ana .. Kita berjumpa lagi.."

Danial berdiri di hadapan katil Adriana yang sedang bersandar sambil merenung wanita itu terpinga-pinga. Adriana cuba untuk membuka ikatan di pergelangan tangan tetapi gagal. cable tie di gunakan untuk mengikatnya sangat kuat. Kalau di paksa juga boleh melecet kulit. Melihatkan Adrina yang mencuba untuk melepaskan diri, Danial ketawa besar.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now