Bab 11

3.9K 84 6
                                    

  "arghhh...lega sungguh rasa.. nikmat sungguh rasa perut ni.."

Rayyan menepuk-nepuk perutnya tanda kelegaan dan terus menuruni tangga.

  "mana pulak minah ni.. senyap je rumah.. dia nak kenakan aku ke apa ni.."

rayyan mencari-cari Adriana.. dia berjalan ke arah ruang tamu dan terlihat  Adriana sedang nyenyak tidur di atas sofa baldu yang berbentuk L itu.

   "wahhh..sedapnya kau tidur ya.. nak kena kau ni.."

Rayyan berjalan dan berdiri betul-betul di hadapan Adriana. lalu dia mencangkung. Niatnya untuk mengacau  Adriana tidur tetapi dia meneliti wajah  Adriana yang sedang nyenyak tidur seperti bayi.

Dari kening, mata, hidung, dan bibir ..rayyan meneliti setiap inci wajah manis Adriana. Dada Rayyan berdegup kencang tiba-tiba. Rasa sakit mencucuk-cucuk di dada kiri.

Adriana merengek-rengek kecil semasa tidur. Rayyan memandang bibir  Adriana yang bisa mengoyahkan jiwa lelaki yang melihatnya. 

Adriana tersenyum dan menampakkan kedua-dua lesung pipit nya membuatkan Rayyan tidak keruan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengawal keresahan di hati. pelik dengan perasaannya tiba-tiba. ah persetankan itu semua. aku mesti kejut budak ni bangun. Rayyan bermonolog di dalam hati.

   "wehh..minah.. bangun..sedapnya kau tidur..bangun..bangun.."

Rayyan menggoncang-goncang bahu Adriana.  Adriana merengek lagi..adoii dia ni janganla buat bunyi begini rasa tak keruan pula.
-------------------------------------------------------
Adriana menyentuh bahu lelaki itu. Dia mengharapkan lelaki itu mendongak ke arahnya. Dia mahu mengetahui siapakah lelaki itu. kenapa dia bersendirian .

Tiada respons dari lelaki itu.  Adriana berpusing membelakangi lelaki misteri itu dan bahunya tiba-tiba di goncang oleh seseorang.. bahunya digoncang dengan kuat. Ganas...

   "Bangun..bangun.."

dan.......
-------------------------------------------------------
Adriana tersedar. Dia membuka matanya yang terasa berat bagai di gam-gam.  Adriana masih mamai.

Wajah Rayyan betul-betul di hadapannya. hanya jarak beberapa inci sahaja.   Adriana baru tersedar yang dia bermimpi. Dia terkejut lalu dia ingin bangun serta merta tetapi dahinya terhantuk pada hidung Rayyan.

Rayyan terduduk.. Dia mengusap-usap hidung yang teramat sakit.

   "Adohhhh!! sakitnya hidung aku..adoohhhh!!"

Adriana jadi panik.. dia tidak sengaja. dia bangun dan ke arah Rayyan.

    "Tuan..saya minta maaf..saya betul-betul tak sengaja tuan. saya mamai sebab saya tertidur. mari saya tengok hidung tuan.takut bleeding"

    "Ahhhh..tak payah.. kau memang sengaja nak balas dendam kan. aku potong gaji kau..!"

   "saya betul-betul tak sengaja tuan. maafkan saya .. bagi saya periksa hidung tuan. jangan takut saya janji tak akan apa2 kan tuan. janji.."

Rayyan diam dan dia turunkan tanganya yang menutupi hidung nya. terasa berdenyut-denyut rongga hidung akibat dek perbuatan tidak sengaja Ana.

Rayyan membiarkan Ana menyentuh hidungnya. Rayyan meneliti sekali lagi wajah  Adriana dalam keadaan sedar.  Adriana mempunyai mata yang menawan disamping bulu mata yang melentik .  Adriana mengurut-ngurut hidung Rayyan dan Rayyan tidak rasa sakit setelah disentuh oleh Adriana. Memang sentuhan kecundang. Kot la... kembang-kembang hidung Rayyan kegelian akibat 'dibelai2' oleh Adriana.

"Saya sedang periksa ni. Tuan tak payahla kembang2 kan hidung Tuan. Saya bukannya nak korek tahi hidung Tuan. "

Selamba  Adriana bertutur. Terlupa dihadapannya adalah majikannya.

   " apa? Tahi hi....dungggg..maaaa....naaaa adaaa ta...hiiiii hi....hi....dungggg laaaa  miii.....naaaahhhhh"

Rayyan membalas dengan suara sengau....betul2 tak smart bunyinya...

   " tak bleeding pun ... sakit lagi tak Tuan?  Adriana berhenti memeriksa hidung Rayyan serta merta kerana tahi hidung Rayyan melekat pada jarinya semasa  Adriana sedang memeriksa hidung majikannya tersebut.  Adriana mengambil tisu yang betul2 disebelahnya serta mengelap jarinya yang melekit. Kotor.

Rayyan memerhati tetapi dia buat tidak nampak. Padan muka. Ketawa dalam hati.

   "Sakitla.... kau harus bertanggungjawap atas apa yang terjadi.. sekarang ni kau pergi amik ais..tuam hidung aku ni..."

  "Tapi tak teruk pun saya tengok. Berdarah pun tak.. retak pun tak.."

  "Aku yang sakit... hidung aku sakit sebab kau tau.., kepala Kau tu keras.. kalau aku saman kau boleh bayar ke?"

  " eh janganla macam tu.. Tuan rehat dulu.. baring atas sofa ni ya..saya pergi ambil ais sekejap. "

" haaa pergi cepat.. bawak jus tembikai+laici+epal. Yang fresh..Aku dahaga.."

   "Baiklah.....Tuan besar..."
Adriana hendak melangkah ke dapur..

  " woi...kejap.... hmm.. sebelum tu basuh tangan kau bersih-bersih okey.. aku tak boleh makan benda kotor.. faham?"

   "Ya..saya faham.. saya pergi dulu..dah siap saya bawakan."
Adriana berlalu pergi.

Rayyan tersenyum dan baring di atas sofa L yang sangat empuk dan selesa.

Walaupun tu tahi hidung.. aku sendiri geli.. kau boleh selamber je.. kau betul2 kental Adriana . Rayyan berkata dalam hati..

Rayyan terlelap seketika......

macam2 ye kau Ayan.. suruh aku basuh tangan ya.. ni kau nye pasalla.. tahi hidung kau.. entah macam mana boleh terkena jari aku. Punyela besar dan basah.. aku hampir nak muntah tapi aku cepat2 lap pakai tisu.. aishhhh...

Adriana mengomel sendirian sambil membasuh tangan menggunakan Dettol. 5 minit dia menyental tangannya.. betul2 mahu matikan kuman....

Adriana menjenguk ke ruang tamu.. Tiba-tiba......

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now