Bab 62

1.5K 47 25
                                    


anyone missed me? sorry guys im late . Siapa nak saya update kerap novel ni? Kalau banyak yang nak saya update kerap dalam seminggu sila tinggalkan komentar anda di bawah ya. Silent readers thanks support dari belakang. Active readers do comment as usual k .. Feel free to comment and vote!!!

Adriana sedang duduk di sofa di dalam biliknya. Kakinya di letakkan  ke atas meja . Gaya seperti tuan besar. Drama korea masih play di TV. Manakala Rayyan sedang mandi. Dia membuka galeri telefonnya dan tersenyum sambil melihat gambar-gambar yang di dalam itu. Rata-rata gambar itu semua adalah gambar beberapa tahun lepas. Tuah Adriana, panjang lagi hayat telefonnya itu walaupun dah melebihi 5 tahun usianya. Mungkin sebab dia gunakan dengan cermat dan jarang jatuh .

Dia melihat gambar Rayyan yang di tangkapnya secara curi-curi. Rayyan sedang berbual dengan rakannya di William Corner, Rayyan kelihatan ceria ketawa dengan rakannya. Disitu sahaja Adriana sering melihat Rayyan. Mungkin di restoran itu juga tempat kegemaran suaminya itu melepak.

Adriana yang tak jauh dari mereka mencuci mata. Sesekali Adriana akan pandang ke tempat lain. Takut kantoi pula tenung lelaki yang kacak. Tapi gadis itu tidak meletak harapan yang tinggi. Dia hanya senang melihat Rayyan walaupun dari jauh. Berbunga hati di buatnya. Ada juga gambar-gambar di tangkap kabur. Tanda nak cepat. Kalau kantoi tak ke malu muka.

Jadi secret admire apa salahnya kan?

" Mana Ana dapat gambar abang ni?"

Tak tahu berapa lama Rayyan berada di belakang Adriana sampaikan tak sedar di buatnya. Telefon di tangannya terpelanting dan jatuh ke lantai. Dia mengutipnya cepat-cepat. Nasib baik ada karpet tebal. Kalau tak, mau pecah screen .

" Eh abang..Mana ada la.. Ana tengah main game . Eh bila siap mandi. Ana tak dengar pun"

Adriana senyum kepada Rayyan yang masih bertuala di belakangnya dan dia sembunyikan telefon bimbitnya perlahan-lahan ke bawah bantal . Tapi perbuatannya itu dapat di tangkap oleh Rayyan.

" Abang nampak.. Tu gambar abang.. Meh sini fone tu. Takyah sorokkan. Abang nampak"

Adriana menggeleng.Buat-buat takde apa-apa berlaku.

" Mana ada la abang..Ana tengah main game tadi"

Adriana masih tidak mahu memberikan telefon itu. Mau tak nya. Kantoi la ushar lelaki kacak. Nanti Rayyan akan buat modal mengusiknya.

" Ana..Jangan lawan cakap suami. Bagi sini fone tu"

Adriana malas nak lawan, jadi dia menyerahkan telefonnya ke Rayyan dan lelaki itu mengambil tempat di sebelahnya.

"Meh sini jari tu.. Ade thumb print pula..Nak sorokkan apa dengan abang? Ada video porno eh dalam ni?"

Adriana menyembunyikan tangannya ke belakang... Dia menggeleng dengan laju. Keningnya berkerut . Porno?

"No. Ana bukan macam abang layan benda bukan-bukan. Ikut suka la. Tu kan fone Ana.."

Adriana menjeling. Geram Rayyan dengan mata tu. Rasa nak korek-korek tapi Rayyan tau kelemahan Adriana. Dia tersenyum sumbing.

" Apesal senyum-senyum ni?"

" Sayang.. Nanti abang gelikan ketiak tu tahula"

Bulat mata Adriana mendengarnya. Dia terus menutup kedua-dua ketiak , Takut.
Kelemahan Adriana. Ketiak! Kalau di usik di bahagian itu, mahu mati keras dek kegelian. Terpaksa akur dengan permintaan Rayyan Dalam hati agak berdebar. Mau taknya, hampir penuh space memory card phone nya dek gambar Rayyan yang di tangkap secara senyap.

" Jangan! Ok. Bak sini fone tu"

Telephone bertukar tangan ke pemilik asal.Jari Adriana di lekatkan ke butang fon dan skrin unlocked dengan pantasnya.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now