Bab 30

2.4K 59 0
                                    

"Assalamualaikum Mama.. Macammana keadaan Mama harini?"

Rayyan masuk dan duduk di hadapan Datin Qistina. Dia menyalami ibu nya dan memberikan kucupan di dahi. Wanita itu tersenyum melihat anak tunggalnya. Syukur. Sejak suaminya outstation.. Anak tunggalnya itu sentiasa ada di rumah.. mungkin sebab dengan kehadiran Adriana?

Mungkin..

" Waalaikumsalam. Alhamdulillah sayang. Mama sihat . Ana mana Rayyan? selepas dia hantarkan sarapan tadi, dia terus keluar . tapi Mama perasan, Ana macam baru lepas menangis. Rayyan tahu kenapa? "

"Nangis? Dia gaduh dengan boyfriend die kot Ma... "

" Rayyan buat dia menangis? Rayyan ada kacau dia ke? Ingat ni Rayyan.. Ana tu budak baik.. suci lagi.. kalau Rayyan berkenan dengan Ana, kita masuk meminang .. Rayyan faham kan maksud Mama?"

Rayyan mengangguk..

" Kalau kita sayang seseorang tu.. kita lindungi dia.. jangan paksa dia buat benda yang dia tak suka.. Hati perempuan ni lembut Rayyan.. Rayyan sebagai lelaki, Rayyan jaga maruah dia. kalau Rayyan nak menikah, sekarang pun boleh nikah tau. Rayyan suka kat Ana kan?

"Hmm.. dia tak suka Rayyan kot ma.."

Datin Qistina senyum.

Tangan Rayyan di ambil dan di usap perlahan.

"Mungkin dia malu .. Perempuan, bab hati ni memang sensitif. Macam Mama dulu, Masa kenal dengan papa tu, Mama segan nak bertentangan mata tau.. kalau nak tahu dia ada hati kat Rayyan atau tak, cuba Rayyan bertentang mata dengan Ana. Kalau Ana buat-buat pandang tempat lain, sah! "

"Serius la Ma? boleh eh buat macamtu? Nanti Rayyan test kat Ana ."

Rayyan senyum. Rasa tak sabar pula nak test kat Ana.

"Rayyan dah lama suka Ana? "

"Ray..Rayyan.. Rayyan tengok dia baik layan Mama.. Pandai masak.. Baju kebaya haritu pun dia masih simpan lagi kan Ma? "

" Ya.. tu baju turun temurun keluarga kita. setiap ada ahli keluarga baru , akan di berikan baju tu. Mama lega, Ana terima baju tu dan tidak menolak walaupun dia tak cakap apa-apa pasal baju tu. Mama yakin. dia bakal jadi ahli keluarga kita. Rayyan bincang elok-elok dengan Ana ya..  Ingat.. jangan berkasar..."

Rayyan senyum..

-------------------------------------------------------

"syeda, kau ada mana? lama tak jumpa kau la.."

" haa baru nak mesej aku eh.. aku ada je kat rumah ni.. nak datang ke?"

"Aku saja wasap kau. aku nak datang tak dapat lagi. takde siapa nak jaga majikan aku ni nanti.. "

" aku rindu Nasi Lemak Udang Galah kau la Ana.. Hmm "

" kau nak ke? nanti aku buatkan eh.. nanti aku wasap kau tau.. bye sayang.. 😘😘😘"

perbualan diakhiri..

telepone bimbit di letakkan di atas meja di sebelah katilnya.

maid takde.. semua kerja kena buat.. basuh baju, masak, kemas rumah, tu belum masuk lagi fisioterapi.  jam di dinding menunjukkan jam 8.30 pagi. waktu yang bagus tuk basuh baju.

Adriana bersiap seperti biasa. Tudung bawal, seluar track, baju lengan panjang. semuanya longgar, dia tau, ade ulat bulu besar dalam rumah ni.

Pandang aku macam nak makan je. Aish. Buat tak tahu je lah. Buat je kerja kau macam biasa.

Adriana turun dan mengambil pakaian kotor yang memang dah di tempatkan di satu tempat.

Banyaknya kain kotor.. erk ni boxer lelaki.. Rayyan punya lah ni.. Hmm basuh je la sekali ..

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now