bab 5

4.5K 106 0
                                    

Tiba-tiba terkocoh-kocoh kak timah datang.

"Datin maafkan saya.. saya dekat dapur tadi..datin tak apa-apa ke?". menggigil-gigil kak timah .

"ni budak ni siapa! aku tak penah tengok pun dia. budak mana kau bawak masuk ni timah!??". timah kena tengking lagi.

"maafkan..maafkan sy datin..ni cik Ana.. Dato upah cik Ana untuk merawat Datin. ". perlahan timah menjawap., takut betul dia. Adriana masih berdiri terdiam.

"untuk merawat aku! ehh tak payahla la..tak payah susah-susah.. aku tak perlukan sesiapa untuk merawat aku.. aku boleh buat segala-galanya dengan sendiri. ".

wanita itu bercakap tanpa memandang Adriana , dan dia mencuba untuk bangun sendri tapi dihalang oleh Adriana. nanti terjatuh nyusahkan orang.,.getus Adriana di dalam hatinya. Adriana mengambil kerusi dan duduk di hadapan wanita itu.

"Datin..maafkan saya.. niat Dato mulia, Dato mahu melihat Datin sembuh seperti dahulu. riang dan ceria.".jujur Adriana berkata.

"apa kau cakap..nak macam dulu? jangan berangan la!! aku tak kan sembuh sampai bila-bila! kau tengok ni, aku nak angkat kaki pun tak boleh. aku tak rasa apa-apa.. semuanya kebas!. ".

Aku pulak kene tengking. sabar Adriana . Pesakit lumpuh memang macam ni..emo lebih..trauma dek kejadian yang menimpa dirinya.

"Datin..saya akan cuba sedaya upaya Datin. saya fisioterapi. saya Pemulih Anggota Perubatan. insyaAllah Datin boleh sembuh dengan izinNYA,cuma saya tak boleh nak cakap bila. saya disini ditugaskan untuk merawat Datin.

semangat Datin kena kuat. saya faham kejadian yang menimpa Datin sebelum ni. tapi Datin tak boleh selamanya macam ini.Datin kena kuat semangat. jika Datin berkerjasama dengan saya, insyaAllah Datin boleh sembuh.". laju Adriana menjelaskan niatnya. sesungguhnya dia ikhlas merawat dan membantu Datin Qistina.

"huh! semua cakap macam tu..tapi tak ada seorang pun boleh bantu aku. Dato pun sama. asyik kerja-kerja. aku berbulan-bulan terbaring macam ni,..

itu susah ini susah. aku dah penat macam ni. ade anak pun jarang balik. ape sahaja aku nak buat semuanya terbatas..aku tak nak jadi cacat macamni selamanya.!!" . Datin Qistina menangis teresak-esak tanpa menghiraukan Adriana dan Kak Timah tercegat di depannya.

kak timah pun sudah tangkap leleh. nak nangis jugaklah tu.. Adriana jugak yang kuat semangat..dah biasa dengan drama macamni.

"Datin..mulai harini, saya sendiri akan merawat Datin. saya akan buat yang terbaik. asalkan Datin percaya dengan saya dan Allah.. saya hanya boleh membantu Datin sedikit tetapi yang selebihnya Datin kene buat sendiri. semngat tu memang kene kuat. saya dekat sebelah bilik Datin aje..saya akan selalu memantau keadaan Datin." laju Ana memberi penerangan.

Datin Qistina berhenti menangis dan mengelap air mata. memandang Ana. tidak tersenyum tetapi seperti memberi harapan kepada Ana. dia hanya terdiam tanpa kata.

"baiklah Datin. Datin kena makan dulu sebelum saya merawat Datin. saya harap Datin beri kerjasama dengan saya. saya yakin, Datin boleh. percaya saya.". Adriana memberanikan diri memegang tangan Datin seperti memberinya semangat. usaha dan tawakal. mudah-mudahan Allah perkenankan segalanya. amin..

Kak Timah dan Adriana keluar meninggalkan Datin Qistina seorang diri.

Datin Qistina berfikir sendirian. ' boleh ke aku sihat seperti dulu. boleh ke aku berjalan seperti dulu. boleh ke aku menunaikan tanggungjawap aku sebagai isteri dan ibu seperti dahulu.. boleh ke'. .sekali lagi Datin Qistina mengalirkan air mata. terasa dirinya tidak berguna. dia memarahi dirinya sendiri. sesungguhnya. ada hikmah disebaliknya. wallahualam.

-to be continued. comment+vote. enjoy this novel!! u all will like it!!-

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now