Bab 67

1.5K 33 23
                                    

Hai sayang.. Bab kali ini agak panjang. Just enjoy k.. Korang ingat senang ke nak buat cerita ni Haha just kidding. Keep in touch with me.. Wait for next novel K. In Malay language. komen dan vote tauuuu.. Muahhhhh sikit..

flashback sambungan bab 66

"Nah"

Rayyan mencampakkan beg kertas yang Adriana tidak tahu apakah isi kandungannya ke atas meja. Gadis itu mengambil beg kertas itu perlahan.

" Apa ni?"

" Tengoklah sendiri"

Rayyan dengan angkuhnya terus baring di atas sofa. Tv di pasang . Dia sedang menonton movie. Matanya ke TV. Sedikit pun tidak memandang Adriana yang tak jauh darinya.

" Baju? Untuk apa?"

Sepasang baju kurung berwarna pink belacan penuh dengan hiasan batu permata swarozski sangat cantik . Setiap wanita yang melihatnya akan berasa cemburu dan lelaki yang melihatnya akan rasa terpesona.

" Untuk pakai lah. Takkan untuk buat bakar sampah. Soalan tak masuk akal"

Rayyan menjawap selamber tanpa memandang Adriana yang sedang duduk di sofa di hujung ruang tamu. Baju itu di beleknya depan dan belakang. Cantik sangat. Adriana suka sangat. Saiz pun sesuai dengannya. Dalam hatinya memuji ketepatan Rayyan dalam memilih baju tanpa membawa tuan badan sekali.

" Dah kenapa awak beli? saya bukan takde baju"

" Aku nak kau nampak nampak cantik esok. Maksud aku. Nampak better la dari sekarang. "

Rayyan merenung Adriana yang berpakaian seperti biasa . Seluar track dan juga long sleeve. Tudung sarung harini dia pakai. Biasa. Dia tidak pernah lihat Adriana bergaya.

" Kenduri kahwin je pun. Pakai baju macamni, menarik perhatian orang lah. Tak mahu lah. Awak pulangkan semula "

" Hey. Kau ingat kau cantik sangat ke ha? Pakai baju tu. Ini arahan. Kalau tak, aku potong gaji kau 90%. "

" Aish... Ok.. Bonus saya jangan buat-buat lupa pula ya.."

Jawap Adriana sambil melipat semula baju kurung dan dimasukkan semula ke dalam beg kertas.

" Check akaun kau"

" Akaun bank saya?"

" Dah tu? Takkan akaun bank bapak aku? aku dah masukkan siang tadi"

Adriana mencebik tanpa diketahui Rayyan yang masih menonton TV. Telefon bimbit yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Dia menekan apps Maybank2u.

" Kenapa banyak sangat ni?"

" Bonus 2 bulan gaji dan gaji kau bulan ni. Buat kerja betul-betul k. Banyak tu kau dapat"

" Ni ada extra?"

" Extra tu aku saja sedekah. Buat kau beli makeup. Biar cantik sikit"

"Saya kan duduk rumah je buat apa nak makeup semua tu. Saya keluar pun hanya pakai krim muka dan juga sedikit lipstick . Sebab saya rimas dengan alat solek yang tebal-tebal ni. "

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now