bab 2

4.9K 102 0
                                    

Hari  yang baru, pengalaman yang baru menanti. Usai solat subuh,  Adriana menyiapkan sarapan. Syeda tidak membantu kerana masih berdengkur. tengah bendera merah memang lewat bangun . Tapi hakikatnya, sahabatnya itu memang seorang yang pemalas. Lambat tidur, lambat bangun. Nasib baiklah Adriana tak kisah sangat.

Sarapan pagi ini, Nasi Lemak Udang Galah..galah gitu. sedap jangan cakap la.. Jam 5 pagi Adriana dah bangun menyediakan sarapan itu. Al maklum, agak rumit nak buat nasi lemak ni. Masak nasi la, masak sambal la, telur rebus la. Potong sayur timun lagi. Nak tak nak memang kena awal bangun. Jam 6.30 pagi baru selesai.

Selesai sudah sarapan, Adriana mengejutkan Syeda. Agak liat gadis itu bangun, tetapi tak tahan dek bau nasi lemak, dia menggagahkan diri untuk bangun dan melangkah ke bilik air. Selesai membersihkan diri , dia duduk  di meja makan..  Semua sudah terhidang di atas meja. Gaya seperti anak raja. Ada orang gaji menyediakan semuanya. Adriana sudah menunggu di meja makan. Matanya melirik kepada Syeda yang dah tak keruan melihat menu di atas meja itu.

"Hmmm.. bau macam sedap ni.. Kau tau kan aku suke betul Nasi Lemak Udang Galah kau ni.Betul-betul enak. yum-yum" Syeda menyuapkan udang ke mulutnya. Sedap ! Lahap betul makan nya.

"'Makanlah. Kalau aku tak masak, Maggie je la kau makan. Kesian aku tengok".

" Aku tak pandai masak la. Nanti aku nak cari suami chef, biar die yg masak ahhahah.."

" Ha Bagus la tu.. Malas.. Kesiannya suami kau nanti tu.. kau tu mentedarah kuat. aish". menggeleng  Adriana.

" Dah nama chef, memang kerjanya masak. Aku tak yah da masak. Kerja aku merawat orang. I'm professional okey. Yum sedapnye udang ni. Untung suami kau nanti Ana..". syeda tidak mengendahkan kata-kata Adriana. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!

" Kau jaga diri ye. Apa-apa call aku..Jangan  senyap aje..Aku tak jauh pun..Dekat Bukit Antarabangsa je.. Kalau takde aral setiap hujung minggu aku datang sini ye. Tapi tak janji ya" . perlahan-lahan Adriana berkata, tidak mahu mengecilkan hati  kawannya itu.

" baiklah Ana..Aku ok je la.. lepas  sarapan nk Aku nak pergi  cari kerja. Tak mahulah  duduk kat rumah je..bosan..duit pun makin sikit ni."

" Yelah..elok-elokla nanti. Sekejap lagi Aku nak gerak dah. Kene la awal sikit, first day dah lewat apalah majikan aku cakap nanti. Maaf aku tak dapat temankan kau"

" OK na..Dia ada anak lelaki tak ? Untungla . Mesti terpikat dengan kau. Kau tu dah la tak pernah ada couple sebelum ni. Sibuk sangat dengan study. "

Ralit mata Adriana melihat Syeda makan sarapan yang dibuatnya khas untuk sahabatnya itu. Sedikit rasa sebak, kerana hari terakhir mereka berdua bersarapan bersama.

" study first.. Dah abis ni nak terlingkup pun boleh..tak ada hal..hehe ok la.Aku nk bersiap . Kau habiskan la Nasi Lemak Udang Galah ni. Aku buat khas untuk kau tau sayang. Heheh" sambil memeluk belakang kawannya .

"Ye Aku tau..Aku tak mandi lagi ni ,busuk-busuk peluk Aku".

Adriana ketawa dan berlalu meninggalkan Syeda sarapan sendirian. Lama betul sarapan. Taulah sedap hehe.

Adriana berada di dalam biliknya, Dia hanya membawa pakaian dan sedikit barangan peribadi. Barang-barang yang tidak berapa penting dia tinggalkan di rumah sewanya itu. Dia baring sebentar di atas katil dan disentuhnya permukaan tilam itu. Senyuman terukir di bibir. Air mata bergenang di tubir mata. Rasa sedih tetapi dia perlu bekerja untuk meneruskan hidupnya. Ibu bapa di kampung perlu diberi wang untuk perbelanjaan mereka. Waktu sekaranglah untuk dia membalas jasa ibu bapanya yang telah banyak berkorban selama ini.

Aku akan merindukan bilik ini.. Bilik yang menyaksikan aku berhempas pulas untuk menamatkan pengajian.. Bilik yang menyaksikan aku bertungkus lumus study sampai ke pagi. Banyak kenangan di sini..

Jam menunjukkan 7 pagi. Adriana baring sebentar di atas katil. Fikirannya menerawang sekali lagi.

Ah , kenapa aku fikirkan lelaki itu pada waktu begini pula? Gila betul. Semalam aku dah rasa menyampah dengan dia. Pagi ni aku terfikirkan dia pula.. Hmmm kenapa dia angkuh sangat.. Pertemuan pertama macam tu pula.. Ah, aku banyak sangat berfikir ni. Alamak dah lambat.

Adriana bangkit dari katil dan membetulkan katilnya. Dia menarik bagasinya dan di letakkan di ruang tamu.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now