Bab 59

1.8K 56 31
                                    

Maaf sayang semua..saya tak berapa sihat sangat..maaf buat korang tertunggu-tunggu.. Apa khabar la Rayyan ya, mau berkulat dah Rayyan Ahhhah jomla sambung

3 tahun yang lepas...

" Assalamualaikum..Ana dah balik"

Daun pintu di tutup cepat sebab takut nyamuk masuk dan Adriana merebahkan badannya di sofa lembut milik Encik Zainal. Rasa lenguh badannya beransur hilang . Selesa. Dia mengerling jam di dinding, tepat 7 malam dia tiba di rumah. Stoking di tanggal. Lenguh kaki di buatnya seharian berjalan.

" Waalaikumsalam. Eh Ana.. Balik dengan siapa? "

Mak Ti yang sedang mengemas di dapur menegur.

" Dengan Da Mak, Maaf mak ada kerja sikit tadi"

"Takpe nanti kemudian boleh beli barang-barang hantaran kamu tu.."

Adriana terpaksa membohongi ibunya padahal dia lari dari Ikram yang cuba buat tak senonoh di dalam kereta siang tadi. Nasib baik ada Syeda yang tidak jauh dari situ menumpangkannya, walaubagaimana pun dia tidak memberitahu kepada Syeda kejadian sebenar yang berlaku.

" Eh Ikram.. tak perlu susah-susah la,Mak boleh buat. Kamu duduk je. Ana pun dah balik tu"

Adriana baru sahaja ingin mencabut tudungnya tersentak dan mengalihkah pandangannya ke dapur . Matanya membulat .
Hatinya rasa panas.

Ikram? Mak? Dah kenapa Mak aku ni? Ber Mak Mak pulak . Kahwin belum lagi. Kenapa jantan ni ada kat sini pulak? Aku tak nampak pun kereta dia . Dia park kat mana? kat lombong belakang rumah aku ke?

Ikram yang sedang mengalihkan pinggan mangkuk di dapur menghadiahkan senyuman  meleret buat Adriana yang masih lagi terkejut. Konon buat rajin la tu! Menyampah !

" Ana.. tadi Ana cakap ada hal urgent nak jumpa kawan kan jadi abang datang sini dulu, takut Mak abah risau Ana balik lambat"

"Elok la Ana dah balik. Abah nak pergi surau ni.. Kamu berbual lah ye"

" Haah elok lah tu. badan Mak pun berlengas dah ni. Mak nak mandi kejap ye"

Mak dan bapanya sudah hilang dari pandangan. Ikram melangkah ke arah Adriana yang masih lagi duduk di sofa dalam keadaan kaget. Punggung di labuhkan di sebelah Adriana membuatkan gadis itu rasa tak selesa. Lebih kepada perasaan menyampah sebenarnya.

"awak kenapa tak balik lagi Ikram? awak tak malu ke?"

" Malu? Takkan nak malu kat rumah bakal isteri aku sendiri. Lagi pun , Mak yang pelawa aku tidur sini"

Ikram cuba mendekatkan dirinya. Adriana mengalihkan punggungnya jauh dari Ikram. Tak suka rapat-rapat dengan tunang paksaan dia tu.

" Tidur sini?Baik awak balik sebelum saya kecohkan pasal apa yang awak buat kat saya siang tadi! abang konon. awak jangan nak perasan la ! saya tak de hati dekat awak!"

" Ana..Ana.. Makin garang makin aku sukala dengan kau..Selalu perempuan macamni, hebat atas katil tau. Nampaknya kau pun mungkin macam tu.."

Ikram cuba untuk menyentuh pipi Adriana. Ditepis laju oleh gadis itu.

"Kau jangan biadap Ikram! Aku tak boleh nak terima kau lagi! Perangai teruk! Macamni nak jadi suami aku? Lupakan ! Aku nak pertunangan ni putus! "

" Putus? relax la Sayang.. Kita berdua je sekarang ni.. Come on la.. Aku tahu kau pun nak kan aku"

"Kau jangan nak perasan la Ikram. Aku serious aku tak boleh nak terima kau . Aku tak main-main!"

" Ok-ok aku balik. Jangan cakap benda bukan-bukan ye sayang.. beritahu MAK ye yang ABANG Ikram balik dulu.. Muah love you my love"

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now