bab 70- Tamat

1.6K 22 21
                                    

Hai. Lamanya tak update.. Maaf.. Bukan sengaja.. last chapter disember 2021 kan? Berjanggut korang tunggu mak update ye nok.. nk habis tahun 2022 dah haahhaha.

by the way.. saya baru bersalin 10/9/2022 secara pembedahan ( sebab jantung baby dah slow)jadi sepanjang pregnant tu, alahan sangat-sangat teruk. Nak klik apps Wattpad ni rasa tak larat tau.. rasa loya.. pelik-pelik je alahan. tu sebab la saya tak dapat nak sambung. Kesian korang tunggu lama betul..

so sekarang.. dah hilang semua tu.. boleh sambung dah cerita Rayyan Ana korang yang aku simpan dalam almari lama sangat tu.  dekat 10 bulan tak update😂😂😂😂😂

Doakan Fara Helena , Baby saya yang ke3 ni sihat selalu ya..Thanks guys 🥰🥰🥰🥰
----------------------------------------------------

Kesakitan di perut mulai terasa apabila bius sudah habis. Pain killer yang diberikan sedikit membantu mengurangkan kesakitan itu. Apabila rasa hendak terbatuk  , Adriana akan mengambil bantal dan menekup di tempat jahitan . Terasa pedih mencucuk dibuatnya. Menitik air mata menahan sakit. Pengorbanan seorang ibu melahirkan zuriat. Tidak terbalas.
Normal atau bedah tiada bezanya. Tujuannya adalah satu, melahirkan kalifah ke dunia.

Selepas beberapa jam pembedahan , dia pergi ke tandas dengan bimbingan jururawat. Langkahnya terasa sangat berat dan kepala rasa masih pening kesan daripada bius epidural. sekejap-sekejap Adriana akan berhenti untuk duduk. Dia rasa terhuyung-hayang. Tetapi tetap digagahkan jua kerana untuk pengaliran darah, wajib berjalan usai beberapa jam pembedahan cesearen.

" kenapa Ana tak makan? tak lapar ke?"

Rayyan merenung makanan yang masih tidak berusik walaupun sedikit. Adriana menggeleng.

" Ana loya.. Tadi Ana cuba makan biskut, terus muntah. Mungkin kesan dari ubat bius. makan ni pasti muntah semula. Ana penat. Biar la dulu tak lapar sangat pun"

Adriana bohong. Maunya tak lapar. Dia menguis sahaja makanan di hadapannya itu dan tiada selera hendak menelan. Rasa loya masih melekat di tekak. Walaupun makanan yang terhidang itu tampak enak. Ikan merah masak sup, sayur dan buah oren.

" Aik. Baru bersalin tak kan mengandung lagi?"

" Abang..Jangan la buat lawak, Ana tak boleh ketawa. Perut Ana sakit"

Adriana memegang perutnya. Ya. Memang sakit jika ketawa. Ketawa memerlukan pergerakan dari otot perut. Pasti menambahkan lagi kesakitan .

Rayyan senyum dan mencium pipi isterinya dan duduk di kerusi berdekatan Adriana.

" Hehe abang tahu.. Ana ok tak ni? perlahan-lahan"

" Sakit sikit kat perut ni. Rasa nak terburai"

" Nak gerak jangan laju ya.. Apa-apa abang ada kat sini. Nak berak pun abang teman kan.."

" Ish sampai berak pun nak teman. Toilet kan dekat je. Ana boleh pergi sendiri"

" kalau jatuh macammana? Kepala masih pening lagi kan? jangan buat-buat kuat, perut tu di belah tau. Berapa lapisan di toreh tu. Jangan lasak sangat. Abang ada ya"

Tipulah Rayyan tak risaukan Adriana. Isterinya itu belum sampai sehari melahirkan anak. kejamnya dia kalau dia biarkan sahaja isterinya itu seorang diri tanpa bantuan. Nanti masalah lain pula timbul.

" Ye suamiku.. Arghh Ana rasa mengantuk sangat-sangat la ..Kuat sangat kesan ubat bius tu. Ni pun Ana rasa nak terlelap.."

Adriana sudah menguap. Berat matanya tak dapat ditahan. Tersenguk-senguk dibuatnya.

" Ana tidur je la ye.. Berehat. Nanti kita sambung berbual.. Abang nak call papa kejap. "

Adriana mengangguk dan mencium tangan Rayyan dengan lambat. Tak lama itu dia terlelap. Rasa mengantuk tidak dapat dibendung. Biarlah dia berehat.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now