Bab 51

2.9K 61 44
                                    

Hasi semua aku tahu korang dok tunggu bila Ana nak kasi. nak tahu? Teruskan membaca. Digalakkan mengomen. Aku suka balas komen Ahahahha ok jom sambung

Setiap komen dari korang, memberikan semangat saya tuk update lagi. Sentiasa menyokong saya. 😘😘😘😘😘

-----------------------------------------------------

Adriana dan Rayyan dalam perjalanan pulang ke KL. Kereta Saga Adriana ditinggalkan di kampungnya, mereka pulang menaiki BMW X6 Rayyan. Lagi cepat sampai. Kalau naik Saga Adriana, alamatnya banyak kali berhenti . Dah la kereta tu cepat naik temperature. Mana maunya Rayyan naik kereta tu. Tak laju katanya. macam kura-kura.

"Kita balik villa dulu ke?"

Soal Adriana memecah kesunyian. Matanya masih memandang ke luar tingkap kereta. Sesekali Adriana akan menurunkan tingkap kereta untuk menyedut udara segar dari luar. Angin lembut di luar memberikan ketenangan buat Adriana. Duduk dalam aircond je membuatkan kepala Adriana pening. Gadis itu tersenyum kecil sambil matanya di lelapkan sebentar. Hebatnya ciptaan Allah. Udara segar je sudah memberikan ketenangan.

" Yeap. Kita tidur sana dulu ye. Barang sayang pun masih ada kat sana lagi kan?"

Suka betul bini aku ni bau udara luar. Bau kentut aku nak? segar juga.

" Iya.. Kita kahwin pun tergesa-gesa. Bila kita nak pindah?"

" Tengok dalam minggu ni.. Nanti abang bagitahu sayang ya.. Tak sabar ke nak tinggal berdua?"

Adriana mengalihkan pandangannya ke arah Rayyan yang focus memandu. Selamber je muka  Rayyan.

" Ade maid kan. Jadi kita bukan berdua"

Matanya memandang ke luar semula. Suka melihat pemandangan luar. Dari layan Rayyan yang poyo, baik layan udara luar. Rasa segar. Sesekali ada bau taik lembu. yela lalu kampung kan.

Bertiga tu ada Ana. Tahu apa ? Tu yang dijadikan dari api tu. Syaitonnnirrrojimmm... !

Aku tak sanggup berduaan dengan Rayyan even dah kahwin. Aku pun ada ego juga. Dulu dia tolak-tolak aku. Kena maki dan carut je hari-hari. sekarang ni bukan main romantik je. Tau nak apa tu. Ingat aku nak kasi. huh !

Ada maid pun bukan kau boleh buat apa pun Ana. Kuasa kat tangan aku sekarang ni . Huhu.

" Ana tak tidur pula harini? selalu tidur dalam kereta"

Pelik. Selalu masuk je kereta si Adriana akan melelapkan mata. Time tu la aku akan ambil kesempatan merenung wajah dia. Usik wajah dia. Cium tu taklah sebab masa tu belum sah lagi. Aku mampu telan air liur je. Cuci mata.

" Entahlah. Tak mahu lelap pula mata ni. Risau ada tangan gatal merayap. maybe"

Gulp! Macam boleh baca fikiran aku je.! Aku rasa si Ana ni ada buat partime jadi ahli nujum.

"apa yang merayap?"

" Tangan yang tak diundang.. "

Cettt cakap aku la tu.. Kena sekali, nanti minta lagi Ana..

"hmm sayang, Abang nak beli air kat 7-11 kejap. Sayang nak apa-apa tak?"

Rayyan memberhentikan kereta di bahu jalan , betul-betul di hadapan kedai serbaneka 7-11.

"buy me some chocolate please my  husband..and some Wonda coffee."

Rayyan senyum kecil. Coklat mesti tak tinggal. Stress lagi ke? atau sengaja tuk naikkan endorphin level? Huhu

Kahwin dengan dia?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt