bab 12

4.4K 100 10
                                    

"Oitt cik Ana! Lagi ngapain?lagi lihat Rayyan ya?adakah cik Ana suuuu......"

Adriana terkejut dan terus menekup mulut kak Timah dengan tangannya yang masih berbuih sabun Dettol.

" uish kak Timah ni.. janganla cakap kuat-kuat. Buat terkejut saya je la.. bila masa kak Timah ada dekat belakang saya?"

Puih..pui... kak Timah terus ke sinki dan berkumur. Kembang tekaknya tertelan buih sabun Dettol . Menyesal kerana berniat hendak menyakat Adriana dibalas dengan sabun berubat itu.

Kak Timah masih belum membalas soalan Adriana. Lidahnya pedih . Tekaknya pedih . Rasa macam tertelan clorox.

Adriana menyedari keadaan itu terus membasuh tangannya. Takut tahi gigi Kak Timah melekat pada tangannya kerana kak Timah jarang gosok gigi. Adriana selalu perasan gigi Kak Timah kekuningan dek tahi gigi yang tebal. Kak Timah akan gosok gigi hanya apabila Dato shamsul ada di rumah sahaja. Dato mementingkan kebersihan. Pelik kenapa khidmat kak Timah masih diperlukan padahal kak Timah kurang menjaga kebersihan diri.

"Aduh...pedihnya....peritnya... berapa banyak Dettol kamu pakai cik Ana... lidah saya sudah kebes ini.. bibir saya pun sudah mulain kebes.. g mana mahu cium bibir ini hari? Saya ada ngedate.."

Kak Timah menyedari ketelanjurannya berkata-kata. Alamak ...udah terlepes.. g mana sih. Dia menutup mulut. Kerana terlepas cakap.

Rayyan yang sedang berehat-rehat di atas sofa baldu berbentuk L itu terganggu dek suara Kak Timah yang macam halilintar. Dia perlahan-lahan bangun dan jalan berjingkit-jingkit ke dapur. Dia mahu memasang telinga perbualan 2 wanita yang berlainan negara tu. Dia berdiri di balik dinding berdekatan dapur. Memasang telinga.

" apa dia kak Timah.. cium? Date? Hahahahahahah!!!!"

Adriana ketawa terbahak-bahak. Lucu. Sambil ketawa dia memandang kak Timah. Bukan wajah yang dipandangnya tapi gigi kak Timah yang kekuningan seperti pulut kuning. Pelik. Siapakah gerangan yang sanggup mencumbui kak timah yang sebegitu . Adriana ketawa lagi dan lagi.. sampai terkentut-kentut. "Pot..pottt"

Rayyan yang sedang memasang telinga terkejut ." Bukan bunyi kentut ke tadi tu. Siapa yang melepas. Kak Timah atau minah tu. Kak Timah selamber je masa Ana ketawa. Mungkin Kak Timah ni. Padu jugak bunyinya. "Teka Rayyan dalam hati.

Kak Timah tidak dengar bunyi kentut itu kerana ketawa Adriana yang kuat. Geram pun ada Ana ketawa kan dia. Tapi dia tetap senyap . Tunggu sehingga Adrianaabis ketawa.

Perlahan-lahan  Adriana berhenti ketawa.

"Maaf kak Timah. Saya bukan sengaja nak ketawa. Tapi agak lucu. Adoiii.."
Adriana memegang perutnya. Senak banyak ketawa.

"Hmmm.. yala.. ngedate.. saya ada date harini.. tapi bibir sudah kebas.,g mana sih"

Adriana duduk dan memotong buah-buahan yang ingin dibuat jus.

"Ala kak Timah. Date je lah.. apa kena mengena dengan kebas.. ke... setiap kali date, kak Timah mesti bercium ke apa..? Haaaa kantoi da.. kak Timah tak boleh nak tipu saya lah.."

Kak Timah tersipu-sipu malu. Malu dek kata-kata Ana yang benar itu.

"Ala...ringan-ringan saja. Haish malu saya...."

Adriana berhenti memotong dan terus berpaling ke arah kak Timah. Terkejut. Kak Timah pun pandai ringan-ringan. Dasyat.. yala kak Timah lebih tua..jadi dia lebih handal dalam bab macam ni.

"Macam-macam kak Timah ni. Asalkan jangan sampai tertangkap sudah la ye..."

Ana menyambung semula kerjanya.

Kahwin dengan dia?Where stories live. Discover now