Prolog

17.3K 817 74
                                    

25 Mei 2017

25 Mei, tarikh yang paling dihargai oleh Haider. Ia adalah hari yang paling bermakna baginya dalam setiap tahun. Hari di mana Allah mengalu-alukan kewujudan Haider ke duniaNya. Tarikh yang ditandai dengan sambutan hari lahirnya setiap tahun.

"Happy birthday!!"

Bunyi kuat dan riuh rendah jeritan kawan - kawannya adalah perkara pertama yang Haider sambut apabila dia membuka pintu restoran itu. Parti popper  yang ditarik oleh mereka mengeluarkan bunyi letupan kecil, menolak keluar gulungan konfeti yang mempunyai warna paling terang yang terurai ke udara. Bilik itu bergema dengan sorakan rakan - rakannya. Wajah gembira mereka bersinar di bawah cahaya samar lampu.

Haider masih berdiri di tempat yang sama, terkejut dengan kejutan kawan - kawannya. Dia mendongak ke atas, merenung ke arah konfeti yang berkilauan. Sebahagian daripada konfeti itu jatuh di atas rambutnya. Haider tersengih dari telinga ke telinga, berseri-seri dengan kegembiraan. Dia melihat ke sekelilingnya. Dia dapat melihat kepuasan yang terpampang di wajah rakan - rakannya kerana kejutan mereka berjaya.

Sebelum Haider dapat berbuat apa - apa, salah seorang daripada rakan lelakinya menarik pergelangan tangan Haider, membawa dia lebih dekat kepada rakannya yang lain. Sebiji kek dengan beberapa lilin yang dinyalakan di atasnya diletakkan di hadapan Haider. Ia besar dan mempunyai huruf ringkas padanya. 'Selamat ulang tahun ke-19 Haider' tertulis di atasnya.

Mereka memberitahu Haider untuk meniup lilin tersebut. Haider menutup kedua belah matanya dan meniup lilin - lilin itu secara beransur.

Sorakan riuh rendah mereka bermula semula setelah dia selesai meniup. Haider mendapat tepukan dari belakang dan pelukan daripada rakannya. Setelah itu, Haider pergi ke setiap orang untuk menyatakan ucapan terima kasih dan berbual dengan rakannya.

"Kejap, aku nak pergi tambah air, dah habis." Haider mengangkat cawannya yang kosong ke arah rakannya.

Mereka mengangguk dan sambung berbual sesama yang lain sementara Haider berjalan pergi untuk mengisi air di dalam cawannya.

Ketika Haider sedang berjalan, sambil menunduk ke bawah, memusingkan cawan di tangannya, dia tidak sengaja terlanggar bahu seseorang.

Waktu itulah Haider bertemu cinta pertamanya.

"Saya minta maaf. Awak okay?" Haider memandang ke arah gadis yang dilanggarnya itu. Dia langsung tidak mengenali gadis itu. Haider mula berasa pelik dengan keberadaan gadis itu di tempat itu.

'Aku rasa restoran ni member aku dah tempah untuk  orang rapat je, siapa dia ni?' Haider berkata di dalam hatinya.

Gadis itu berpaling, memandang Haider. "Saya Okay. Sorry, saya tak nampak awak lalu."

Dia tersenyum. Apabila dia perasan Haider kelihatan keliru, dia menghulurkan tangannya ke arah Haider, "Hai, saya Lia, kawan awak invite saya join so—"

Lia tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Haider pantas memotong percakapannya. Haider tidak dapat menunggu setelah melihat kecantikan gadis itu. Terdapat perasaan yang tidak dapat dia ungkapkan apabila mata mereka bertaut.

"Pleasure to meet you. Saya Haider, Haider Ziyad." Dia berjabat tangan dengan gadis itu. "Terima kasih sebab sudi datang." Haider menyambung.

Pada saat itulah ia bermula.

Pengenalan antara Haider dan cinta pertamanya.

25 Mei 2018

"Saya tak sangka first date kita will be dekat tempat first time kita jumpa. This is so pretty." Wajah Lia bercahaya di bawah sinaran cahaya. Dia melihat sekeliling, kagum dengan hiasan meja dipenuhi dengan belon, kelopak bunga dan lilin. Ianya hasil tangan Haider sendiri.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now