Bab 32

5.3K 320 22
                                    

"We look like local"

Haider memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan di depan cermin itu sambil dia melihat penampilannya itu. Aira yang berada di hadapan Haider itu juga melihat pemakaiannya sambil dia memakai gincu di bibirnya.

"Kita dah boleh panggil ourself PaRisian." Aira bertutur dengan dialek french sambil dia mengalunkan tangannya perlahan, berlakon seperti penduduk tetap di negera ini.

Haider tergelak apabila mendengar dialek Aira yang terlebih pekat itu.

"Are you excited for today?" Haider mengucup kepala Aira.

Aira yang ketika itu sedang menangkap gambar mereka di hadapan cermin itu dengan serta merta memusing dan menghadap ke Haider. Dia mengangguk teruja sambil dia membetulkan kolar jaket Haider itu.

"I'm so excited!!" Aira meloncat-loncat.

Hari ini adalah hari kedua Aira dan Haider berada di Paris. Pada hari inilah mereka akan memulakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang sudah pun disusun di dalam jadual mereka. Bermula dari sekarang, mereka berdua akan menjadi pelancong dan melakukan semua aktiviti-aktiviti menarik yang ada di sini. Setelah seharian mereka tidak keluar dan hanya menghabiskan masa di dalam bilik hotel mereka semalam, pada hari inilah mereka akan mula meneroka bumi Paris ini.

Untuk hari ini, agenda pertama yang berada di dalam jadual mereka adalah makan. Aktiviti pertama yang mereka akan lakukan di Paris ini adalah food tour and tasting. Sepanjang hari ini, mereka akan melawat setiap restoran, kafe, bakery, dessert house yang popular di tempat ini. Mereka akan melakukan semua itu bersama-sama dengan kumpulan pelancong yang lain di bawah satu lawatan yang telah ditempah khas oleh Zain untuk mereka. Organisasi lawatan itu yang akan membawa mereka berdua meneroka dan memperkenalkan setiap hidangan makanan tempatan untuk mereka makan dan rasai sepanjang hari ini.

Oleh kerana organisasi yang mengendalikan lawatan ini adalah seorang penetap muslim di tempat ini, jadi lawatan yang mereka akan sertai ini juga lebih istimewa daripada lawatan lain yang disediakan di sini. Lawatan yang mereka sertai ini dibuat khas untuk pelancong-pelancong muslim. Tempat-tempat yang mereka akan kunjungi semuanya akan menghidangkan makanan dan minuman yang halal.

Haider dan Aira yang pada awalnya bimbang dengan lawatan ini terus teruja apabila mereka mendapat tahu yang lawatan ini dibuat khas untuk orang muslim yang datang melancong. Kerisauan mereka terus hilang apabila mereka dimaklumkan yang hidangan dan minuman yang mereka akan makan semuanya halal. Mereka gembira kerana mereka tidak perlu untuk berwaspada sepanjang masa dan dapat menikmati lawatan ini dengan tenang.

"Our rental car will arrive in five minutes so kita kena gerak sekarang." Haider berkata sambil dia melihat telefonnya, membaca makluman daripada ketua organisasi berkenaan dengan lawatan mereka pada hari ini.

Lawatan mereka ini juga mempunyai kelainan yang agak hebat berbanding lawatan yang lain. Kebiasaannya, satu organisasi yang mengetuai mana-mana lawatan akan membawa kumpulan pelancong menaiki satu kenderaan sahaja seperti van atau bas pelancongan. Selalunya, semua pelancong akan bergerak dalam satu kumpulan dan menaiki kenderaan yang dipandu khas oleh pemandu pelancong. Tetapi, tidak untuk lawatan ini.

Organisasi yang mereka sertai ini menyediakan servis persendirian dan private khas untuk pelancong yang terlibat. Organisasi ini mengutamakan keselesaan dan privasi pelanggan, jadi mereka tidak pernah menggunakan satu kenderaan yang besar untuk semua pelancong berkongsi. Setiap pelancong yang menyertai lawatan ini selalunya akan diberikan sebuah kereta untuk dipandu oleh mereka sendiri sepanjang waktu lawatan itu berjalan. Dengan itu, pelanggan yang sertai lawatan ini dapat menjaga privasi mereka dan akan berada dalam keadaan selesa sepanjang masa.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now