Bab 18

5K 384 20
                                    


POV: HUMAIRA AQSA

DAY 5

"Habis, bila kau nak bagitau Zain?"

Sarah berkata kepada Aira sambil dia menghulurkan kertas yang terkandung latihan suku kata kepada murid-murid mereka yang duduk berbaris di hadapan Aira itu.

"Dia ajak aku keluar petang ni, maybe aku akan bagitau dia waktu tu." Aira mengeluh.

Aira telah menceritakan segalanya kepada Sarah tentang apa yang terjadi kepadanya beberapa hari yang lepas. Sarah tahu segalanya. Dia tahu tentang Zain, tentang penghantaran bunga itu, tentang jambangan bunga Haider, tentang masakan Haider dan juga tentang Zain yang mencuba untuk membelikan Aira pakaian yang mahal semalam.

Sejak apa yang berlaku semalam, Aira merasakan dia tidak boleh berdiam diri. Apabila Zain mencuba untuk berbelanja untuk Aira, membazir untuk Aira, Aira terus mahu semua ini dihentikan. Dia tidak mahu terhutang budi langsung dengan Zain. Dia tidak mahu Zain menggunakan wangnya kepada Aira.

Jadi Aira telah membuat keputusan untuk memberitahu tentang perasaannya kepada Zain hari ini. Dia mahu jujur kepada Zain. Dia mahu berterus-terang yang dia tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap Zain. Dia tidak mampu lagi berdiam diri dan membiarkan Zain meletakkan harapan kepadanya. Dia tidak mahu menyakiti Zain.

Aira sedar yang dia perlu berterus-terang kepada Zain sebelum perasaan Zain berkembang terhadapnya. Semakin lama Aira berdiam diri, semakin sakit Zain. Aira harap Zain faham yang dirinya bukanlah untuk Zain. Zain layak untuk bersama dengan orang yang lebih hebat berbanding Aira. Dia layak bersama wanita yang setaraf dengannya.

Aira berharap yang Zain dapat menerima segalanya. Dia harap persahabatan mereka tidak akan berakhir hanya disebabkan hal ini. Aira tak mampu nak berlakon di hadapan Zain. Dia mahu selesaikan semuanya dengan Zain. Selagi perkara ini tidak selesai, selagi itu Aira akan berasa tidak selesa dengan Zain. Dia tidak mahu ada ketidakselesaan diantara dia dan Zain. Aira mahu mereka kembali seperti dulu. Dia mahu kembali selesa apabila bersama dengan Zain. Dia tidak mahu memikirkan tentang ini lagi. Dia mahu Zain tahu yang dia hanya anggap Zain sebagai seorang kawan dan dia mahu Zain berhenti simpan perasaan terhadapnya.

"Haih...nasib aku ni dah kahwin. Complicated lah hidup orang bujang ni." Sarah memberikan kertas latihan suku kata kepada pelajar yang terakhir dan berjalan menuju kepada Aira yang sedang duduk di meja hadapan itu.

"Aku dah lama tak nampak Haider datang site ni." Sarah berkata sambil dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Aira.

Aira menoleh ke tingkap yang berada di sebelahnya, dia melihat tapak pembinaan di belakang tadika mereka itu.

Sarah meletakkan sikunya di atas meja dan menyandarkan dagunya pada kedua tapak tangannya. Dia pun melihat ke arah tapak pembinaan itu.

"Mesti kau rindu dia kan?"

Aira mengganguk. Dia masih melihat ke tapak pembinaan itu. "Sangat. Aku dah lama tak terserempak dengan dia. Aku ingat, last aku nampak dia time dekat restaurant tu, time Zain lunch dengan aku tu. Waktu yang dia bayarkan lunch aku dengan Zain tu."

Sarah mengusap belakang Aira. "Lama betul. Sabar eh, dua hari lagi. Tahan sikit."

Muka Aira terus muram. "kau rasa dia rindu aku tak?"

Sarah memandang Aira. "Aku rasa lebih dari rindu."

Pada waktu itu, Sarah tiba-tiba mengangkat tangannya dan membuat kiraan dengan jari-jemarinya.

"Kalau kau kira betul-betul, hampir dua minggu korang tak bertegur. Sebab first, dia palau kau kan sebab kebodohan dia sendiri, lepastu masa dia nak minta maaf, kau pulak yang palau dia. So, tujuh plus tujuh..hmm..dua minggu."

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now