Bab 20

5.9K 408 50
                                    

POV: HAIDER ZIYAD
DAY 7 (LAST DAY)

Zain tidak malang.

Malang itu sebenarnya berpunca daripada Haider.

Semuanya angkara Haider.

"KAU BUAT APA?!" Minuman yang Akmal minum itu tersembur keluar dari mulutnya apabila mendengar kata-kata Haider itu.

Haider telah menceritakan semuanya kepada Akmal.
Dia jujur dengan apa yang dia telah lakukan beberapa hari yang lepas. Haider jujur kepada Akmal yang dia telah melakukan sesuatu yang agak jahat kepada Aira dan lelaki itu.

Haider juga telah menceritakan semuanya tentang Aira kepada Akmal. Dia telah bercerita secara terperinci kepada Akmal tentang bagaimana dia kenal Aira sehinggalah sekarang. Akmal kini sudah tahu tentang Aira, wanita yang berjaya mengubah Haider itu.

Haider berbuat demikian bukanlah kerana dia sudah membuka kepercayaannya kepada Akmal, tidak. Dia masih lagi tidak boleh memberikan kepercayaan kepada orang lain.

Tetapi ada sesuatu yang Haider mahu lakukan yang membuatkan dia perlu untuk menceritakan semua tentang Aira kepada Akmal.

"Aku sendiri tak percaya aku buat semua tu." Haider tergelak apabila teringat tentang perkara yang dia lakukan itu.

.

Day 4

Haider turun dari lif dan keluar dari lobinya untuk mengambil barang kerja yang tertinggal di dalam keretanya.

Pada waktu itu, secara kebetulan dia perasan kereta lelaki yang sukakan Aira itu memandu masuk ke dalam kompleks apartmennya. Kereta lelaki itu menuju ke blok apartmen Aira.

Haider tidak berpuas hati melihat lelaki itu masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Aira. Dia berasa geram apabila dia menyedar bahawa sekarang dia telah mempunyai saingan. Haider tidak boleh membiarkan lelaki itu menang dengan mudah. Dia takkan sesekali melepaskan Aira.

Oleh kerana Haider masih tidak boleh bercakap dengan Aira, oleh kerana dia masih didenda dengan kesalahan yang dia telah lakukan pada Aira, Haider tidak dapat nak menghalang Aira dari berjumpa lelaki itu. Dia tidak dapat untuk melakukan apa-apa untuk Aira tidak terpikat dengan lelaki itu.

Jadi, Haider pada saat itu telah membuat keputusan untuk merosakkan segala perancangan yang lelaki itu telah sediakan untuk Aira. Dia mahu bertindak dengan pantas, sebelum ianya terlambat.  Dia tidak mahu menyesal kerana tidak berjuang untuk mendapatkan Aira.

Haider pun segera ke keretanya dan memandu mengekori mereka dari belakang seperti semalam.
Sepanjang memandu, Haider cuba untuk menjauhkan jarak keretanya dengan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu perasan dia mengekori mereka.

Haider nampak kereta lelaki itu memandu masuk ke dalam satu bangunan yang kelihatan mewah. Dia pun ikut memasuki bangunan itu.

Haider nampak kereta lelaki itu diberhentikan di pintu utama dan keberadaan mereka seperti disambut dengan hebat.

Haider pada waktu itu pergi mengikut kenderaan lain yang masuk di situ dan memandu ke tempat parkir awam yang tersedia di dalam kawasan itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now