Bab 35

4.5K 259 15
                                    

"Sarah!!!" Aira berlari menuju ke Sarah yang sedang menunggu mereka di bahagian menunggu yang terletak di ruang ketibaan itu.

Sarah melambai-lambai Aira dari tempat dia berdiri dengan senyuman yang kecil. Dia kemudian berpaling ke arah Haider yang berada beberapa langkah di belakang Aira dan mengangkat tangan kepadanya. Haider ketika itu senyum dan membalas lambaian Sarah itu.

"Welcome back, queen!" Sarah memeluk Aira sebaik sahaja mereka sampai di hadapannya.

"Hi. Haider." Sarah mengangkat kedua-dua keningnya beberapa kali dengan senyuman sinis. Dia mula mahu menyakat Haider.

Haider tergelak. "Hi, Sarah."

Haider dan Aira baru sahaja sampai ke Malaysia setelah lima hari mereka berada di Paris untuk bulan madu mereka. Setelah menempuh penerbangan yang panjang, mereka akhirnya sampai ke destinasi yang dituju. Ketibaan mereka juga telah disambut oleh Sarah. Sarah telah pun datang ke lapangan terbang ini pada awal pagi untuk menjemput mereka dan secara sukarela mahu menghantar mereka pulang ke apartmen mereka.

"How are you guys?" Sarah senyum sambil dia memandang kepada Haider dan Aira.

"We're still on cloud nine!" Aira membalas dengan senyuman yang lebar.

Sarah menganguk perlahan sambil senyum kecil. Sarah ketika itu tidak langsung memberikan sebarang reaksi yang menghairahkan. Dia tidak langsung kelihatan teruja atau kelihatan begitu bertenaga seperti dirinya yang selalu. Sarah langsung tidak berkelakuan seperti dirinya ketika itu.

Aira menyedari keadaan itu dan dia mulai berasa sangsi dengan situasi itu. Sarah tidak pernah berkelakuan seperti ini. Tidak pernah dalam sehari pun Sarah kelihatan tidak bermaya. Sepanjang Aira mengenali Sarah, dia tidak pernah melihat Sarah dengan personaliti yang membosankan. Sarah tidak pernah menunjukkan sisinya yang sedih di hadapan Aira. Sarah selalu bertingkah laku ceria dan gila-gila. Ini kali pertama Sarah kelihatan serius dan tidak teruja.

"Kau okey tak? kau tak sihat ke?" Aira bertanya sambil dia memandang Sarah dengan riak wajah yang risau.

Senyuman yang Sarah keluarkan kini perlahan-lahan hilang. "I'm okey..."

"Sarah, what's wrong? don't lie to me, I know you're hiding something." Aira memegang kedua bahu Sarah.

Haider yang berada di sebelah Aira itu pun mula kelihatan bimbang apabila dia mendengar kata-kata Aira itu. Dia pun mula memeriksa riak wajah Sarah ketika itu dan dia pun mula menyedari yang wajah Sarah muram.

"ada something happened ke?" Aira berkerut sambil dia cuba memandang Sarah yang kelihatan resah itu.

Sarah ketika itu mula menggosok-gosok lengannya perlahan sambil dia mengalihkan pandangannya dari mereka berdua.

"I need to tell you something..." Sarah menelan air liurnya. Dia masih tidak memandang mereka yang berada di hadapannya itu.

"I'm sorry sebab aku rahsiakan benda ni dari korang, but aku terpaksa. Aku memang nak inform korang, tapi I was forbid from doing that sebab tak nak ruined korang punya honeymoon. But now, you guys are here...I guess it's time to tell you guys.."

"Sarah, what happened?" Aira mula kedengaran risau. Dia juga mula berasa resah.

Sarah menarik nafas perlahan dan memaling semula kepada Aira yang berada di hadapannya itu sambil kedua lengannya memeluk tubuhnya. Sarah mula terkebil-kebil sambil dia menggigit bibirnya.

"Benda ni happened masa korang baru second day dekat sana..." Sarah dengan perlahan membongkarkan rahsia yang disimpannya itu.

"Rumah parents kau kena pecah masuk, Aira.." Sarah memandang Aira dengan penuh sebersalah.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now