Bab 42

5.7K 292 38
                                    

Hari Kejadian

"Suprise, Zain." Aira mengejek.

Zain melihat ke sekeliling dengan riak wajah yang bingung. Dia memusingkan kepalanya dalam keadaan yang sedikit huru-hara dan memandang ke setiap orang yang berada di situ. Dia mula melihat Farhan yang sedang memegang bahunya sambil tangannya dengan kuat memegang gari yang dipasang pada pergelangan tangan Zain yang disimpul di belakang itu.

Zain kemudian melihat kepada Sarah yang sedang menyilangkan tangannya. Sarah ketika itu melihat Zain dari atas ke bawah dengan riak wajah yang menjijikkan. Zain berpaling pula kepada Aira dan dia nampak yang Aira juga sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam. Zain perasan tangan Aira digenggam dengan kuat di sisi badannya. Riak wajah Aira ketika itu penuh dengan kebencian. Tiada sebarang sinaran keceriaan langsung yang terserlah ketika itu. Itu kali pertama Zain melihat Aira yang sungguh marah.

Zain terus mengalihkan pandangannya dan melihat kepada Haider. Dia perasan yang wajah Haider kelihatan sangat bengis. Riak wajah Haider tegang tanpa sebarang ekpresi. Haider dengan jelas menunjukkan kebenciannya terhadap Zain pada wajahnya. Mata Haider langsung tidak berkelip memberikan Zain pandangan mautnya. Rahangnya diketap dan urat-urat pada wajah Haider dengan ketara dilihat pada dahinya.

Zain mengeluarkan ketawa sinis setelah dia selesai melihat mereka berempat. Dia pada waktu itu akhirnya sedar dengan situasi itu. Dia baru tahu yang Aira dan Sarah sebelum ini hanya berlakon di depannya sahaja. Sepanjang perbualan mereka di gazebo itu, Sarah dan Aira hanya menipu dan memperdayakan dia sahaja. Dia baru tahu yang mereka berempat telah merancang untuk memerangkapnya.

Zain ketawa sinis. "Took you long enough."

Aira yang ketika itu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zain itu semakin membara. Kemarahan yang Aira rasakan semakin melonjak naik dan kesabaran Aira pada saat itu terus lenyap.

"WHAT DID YOU SAY?!" Haider datang ke arah Zain dan mencekak kain baju di bahagian leher Zain. Kaki Zain ketika itu secara tidak langsung terangkat sedikit kerana Haider menarik bajunya dengan kuat. Nafas Haider turun naik dengan laju dan mukanya semakin bengis berbanding sebelum ini.

"Chill, dude..marah ke sebab aku yang dapat sentuh dia dulu before kau?" Zain mencemik.

Muka Haider dengan serta-merta merah. Urat yang tertimbul pada wajah Haider semakin ketara. Urat pada tangan Haider juga timbul apabila dia menarik baju pada bahagian leher Zain itu dengan lebih kuat. Kemarahan Haider semakin bertambah dengan teruk dan dia ketika itu bersedia untuk menumbuk Zain.

Jari-jemari Haider digenggam dengan kuat dan dia dengan laju mengangkat penumbuknya untuk dihalakan ke muka Zain ketika itu. Tetapi sebelum sempat dia melakukan apa-apa, Aira menahan Haider. Sebelum sempat Haider memberikan reaksi terhadap tindakan Aira yang menahannya itu, dia nampak yang Aira melakukan sesuatu di luar jangkaannya.

"Dasar setan!" Aira menghentak kepala Zain dengan beg tangan yang berada di tangannya. Zain ketika itu dengan serta-merta terhumban ke tepi dan hampir terjatuh tetapi ditahan oleh Farhan yang berada di belakangnya.

Haider terpaku apabila dia melihat kepala Zain mula berdarah. Darah yang pekat mula mengalir perlahan-lahan dari sisi kepalanya turun ke telinga Zain. Zain yang menyedari keadaannya itu dengan cepat menyentuh bahagian kepalanya yang luka itu dan dia dengan kucar-kacir memaling kepada Aira.

Zain berkerut dan dia berdesis perlahan apabila kesakitan daripada luka itu mulai dirasai. Dia ketika itu tergamam dengan apa yang Aira baru sahaja lakukan kepadanya. Dia tidak sangka yang Aira mempunyai keberanian untuk memukulnya ketika itu.

Aira mencungap-cungap dengan nafasnya yang berat kerana terlalu puas dengan tindakannya. Dia tidak langsung menyesal dengan perbuatannya. Dia melihat kepala Zain yang berdarah itu dan dia berpuas hati dengan hasil pukulannya itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now