Bab 22

5.6K 442 38
                                    

POV: HAIDER ZIYAD

Haider berdiri di depan pintu rumah Aira apabila dia mendengar kereta Aira yang memandu masuk ke halaman dengan laju.

Haider senyum sambil dia melihat Aira yang berada dalam kereta dengan wajah yang bingung dan penuh dengan tanda tanya.

Aira terkejut melihat Haider sedang berdiri di depan pintu rumahnya. Mata Aira terbeliak dan mulutnya terbuka kerana tergamam.

Haider ketawa melihat keadaan Aira itu.

Aira keluar dari keretanya dalam keadaan huru hara.

"HAIDER?!"

Aira kelipkan matanya beberapa kali. Dia kemudian menggosok-gosok matanya, dia mahu pastikan yang semua yang terjadi pada waktu itu bukan mimpi. Apabila dia masih nampak Haider berdiri di depan pintunya dengan senyuman, Aira mula berjalan mendekati Haider.

Dia lupa untuk menutup pintu keretanya. Aira berpusing semula sambil menggaru-garu kepalanya. Dia menutup pintu keretanya dan berjalan kembali ke arah Haider.

"Apa— jap..awak ke? Kat sini....buat apa?" Aira berkerut dan dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dia cuba untuk mengeluarkan kata-kata yang betul. Dia terlalu pening untuk bercakap dengan ayat yang betul. Dia tidak boleh fokus untuk membina ayat yang dia mahu katakan.

"Dah sampai ke dia?" Sarah berkata dari dalam rumah Aira. Dia pun kemudian berjalan ke pintu dan berdiri di sebelah Haider.

Aira yang nampak Sarah itu terus terhenti dari langkahnya. Wajahnya semakin berkerut. Dia sekali lagi terkejut. Mulutnya sekali lagi terbuka dengan luas.

"Ap— SARAH?!" Aira meletakkan kedua-dua tangannya pada sisi kepalanya.

"Apabenda ni?!" Aira cuba memproses keadaan yang dia sedang hadapi itu dengan pantas.

Sarah mengangkat tangannya kepada Aira. "Sorry, Aira. Aku terpaksa."

Sarah terus berlari keluar dari pintu itu dan menuju ke Aira. Dia kemudian memeluk Aira yang sedang bingung dan keliru itu.

Aira masih terpaku di situ. Walaupun dia dalam dakapan Sarah, dia masih memandang Haider. Pandangannya tidak pernah beralih dari melihat Haider.

Selepas pelukan itu terlerai, Sarah menarik tangan Aira perlahan dan membawa Aira mendekati Haider. Sarah kemudian meninggalkan mereka berdua di situ dan dia terus masuk ke dalam rumah.

"Haider...." Aira berkata sebaik sahaja dia berada di depan Haider.

"Assalamualaikum, Aira." Haider menyapa wanita yang sudah lama dia rindui itu.

.

Beberapa hari yang lepas, Day 6

Sebaik sahaja Haider kembali ke kompleks apartmennya dari restoran mewah selepas menjalankan rancangan jahatnya, Haider terus menuju ke blok apartmen Aira.

Haider tahu Sarah bermalam di apartmen Aira.
Dia nampak Sarah datang ke sini petang tadi dengan bagasi bersamanya.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now