Bab 34

4.1K 283 14
                                    

Semua persoalan Aira kini mulai terjawab.

"I can finally say I'm fully healed."

Akhirnya, penyelesaian kepada semua kebingunan yang dipenuhi di dalam kepala Aira kini terbongkar sebaik sahaja Aira mendengar kata-kata Haider itu. Perkataan yang Haider sebutkan itu telah memberikan bukti yang jelas kepada semua yang telah berlaku. Ia telah menjelaskan segala tentang perubahan diri Haider yang drastik itu.

Perkara yang Aira sangkakan selama ini salah. Semua persepsi yang Aira fikirkan tentang perubahan Haider kesemuanya tidak benar. Apabila Aira mengetahui yang Haider akhirnya telah berjaya menyembuhkan dirinya, baru Aira sedar dengan jelas.

Haider sebenarnya tidak pernah berubah. Sepanjang waktu yang Aira merasakan tingkah laku Haider berlainan dan kelakuan Haider yang tidak langsung akan sepertinya dirinya itu bukanlah kerana Haider yang berubah. Semua itu sebenarnya adalah diri Haider yang sebenar.

Apa yang Aira saksikan dengan tingkah laku dan perlakuan Haider itu, semuanya bukan personaliti baru yang muncul dalam diri Haider, tetapi kesemua itu adalah diri sebenar Haider yang kini telah kembali ke dalam hidup Haider. Diri Haider yang sebenar akhirnya kembali mendampingi dirinya.

Haider yang asal telah pun kembali. Dirinya yang asli itu muncul kerana akhirnya Haider berjaya menamatkan keperitannya. Dia akhirnya dapat menyembuhkan dirinya dengan sepenuhnya. Dia berjaya mendatangkan kembali kesemua perasaan, personaliti, sisi dan kebahagiaan yang hilang untuk masa yang lama itu.

Semua personaliti dan perkara negatif yang menyelubungi diri Haider kini lenyap dan tidak langsung kembali. Kesemua kesakitan yang Aira pernah saksikan pada Haider kini tidak langsung muncul pada Haider. Diri Haider yang menderita dan sakit itu akhirnya telah berjaya dihumban pergi dari hidup Haider.

Aira kini dapat menyaksikan seratus peratus diri Haider yang sebenar di depan matanya. Aira kini dapat melihat semua perkara yang dia tidak pernah lihat pada diri Haider. Topeng yang sentiasa Haider sarungkan kini telah pun dibuang untuk selamanya dan segala perkara yang melibatkan diri Haider yang asal dan asli kini terserlah.

Hampir sepanjang waktu Aira bersama dengan Haider sekarang, Aira banyak memerhatikan perkara-perkara baru yang dia tidak pernah lihat pada diri Haider sebelum ini. Kebanyakkan waktu itu, Aira banyak terkejut apabila menyaksikan sisi Haider yang dia tidak pernah saksikan selama ini. Hampir sepenuh masa Aira akan merasa kagum dengan setiap perkara yang Haider lakukan. Tingkah laku Haider, perlakuan Haider, percakapan Haider, layanan Haider, riak wajah Haider kesemunya kini berlainan.  Diri Haider yang sebelum ini, yang masih lagi dalam kesakitan tersangatlah berbeza dengan diri Haider yang sekarang, yang kini sudahpun sembuh dan bahagia.

Aira teringat pada waktu-waktu ketika dia masih baru membiasakan diri dengan personaliti Haider yang berlainan itu.

.

"My last made me feel like I would never try again, but when I saw you I felt something I never felt!"

Aira yang sedang memberus gigi di hadapan kabinet singki di bilik air itu memandang cermin yang berada di hadapannya. Dia merenung ke refleksi ruang shower yang terletak di belakangnya itu. Dia mendengar Haider yang sedang mandi itu sedang menyanyi  lagu 'Falling oleh Trevor Daniel' di dalam ruang shower itu.

"Come closer, I'll give you all my love!"

Aira ketawa sambil menggelengkan kepalanya apabila dia mendengar Haider semakin kuat menyanyi. Haider seakan-akan sedang membuat konsert di situ. Haider begitu fokus dan bersungguh menyanyikan lagu itu.

Aira yang masih terhibur dengan kelakuan Haider itu mula berkumur apabila dia selesai memberus giginya. Dia menunduk sambil dia membilas mulutnya dengan air paip di singki itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now