Bab 4

7.3K 523 27
                                    

Seperti yang Haider jangkakan, lokasi itu adalah lokasi yang betul. Itulah tempat yang dia mimpi bertemu wanita itu. Semuanya sama seperti dalam mimpinya. Kawasan itu, padang hijau itu, pokok di sekitarnya, sama.

Haider meletakkan beg yang digalasnya di bahu kirinya ke bawah. Dia kemudian duduk bersila di atas rumput. Haider mengeluarkan buku lukisan bersaiz A5 bersama dengan laptop dan tetikus dari begnya. Dia menghidupkan laptopnya dan menyambung membuat kerjanya di situ.

Hari ini adalah hari yang keenam dia ke sini. Haider duduk di kawasan yang sama setiap kali dia datang. Dia duduk di kedudukan yang sama seperti dalam mimpinya. Dia tidak pernah duduk di tempat lain. Dia bimbang peluangnya akan terlepas jika dia duduk di tempat lain. Tujuan utama dia berada di situ adalah untuk mencari wanita itu.

Sejak mimpinya yang terakhir itu, Haider tidak lagi bermimpi wanita itu. Ia berhenti begitu sahaja. Dia pun masih keliru kenapa jadi begitu. Berhari - hari dia menunggu untuk bermimpi bertemu dengan wanita itu tapi tiada. Tiada lagi mimpi.

Dia tidak pernah berhenti bermimpi wanita itu sebelum ini. Walaupun sebelum ini dia tidaklah bermimpi setiap hari, tetapi jurang masa antara mimpi hanya mengambil masa beberapa hari.

Tetapi kali ini, sejak dia temukan lokasi ini, Ia tamat begitu sahaja. Haider makin bingung dengan situasi ini. Walaupun dia sudah berjaya menjumpai lokasi ini, tapi dia masih buntukan jawapan dan apabila dia tidak bermimpi, makin buntu Haider untuk mencari jawapannya.

Wanita itu masih lagi misteri. Tidak terungkai sedikit pun perkara yang boleh bantu dirinya untuk mencari wanita itu.

Sejujurnya, dia menunggu setiap hari untuk mimpi tetapi selalu berakhir dengan kekecewaan setiap kali dia bangun dari tidur.

Ia sangat janggal bila dirinya tidak bermimpi wanita itu. Ia terasa kosong.

Sepanjang lima hari dia datang ke taman ini, Haider masih tidak memperoleh apa-apa perkara yang dapat membantunya mencari wanita itu. Tiada kemajuan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Wanita itu masih lagi tidak muncul.

Haider buntu kerana dia merasakan yang dia tidak akan berjaya. Dia sudah tidak bermimpi lagi dan wanita itu masih tidak muncul di taman ini. Sudah tiada cara lain untuk Haider mencari wanita itu. Hanya taman ini sahajalah harapan terakhir Haider. Tetapi nasib masih tidak menyebelahinya.

Tiada sesiapa yang dapat membantunya. Dia tiada gambar wanita itu untuk ditunjukkan kepada sesiapa. Dia tiada sebarang maklumat tentang wanita itu. Segala tentang wanita itu masih misteri. Nama wanita itu pun tidak diketahui olehnya.

Tetapi Haider tidak berputus asa. Dia akan sentiasa singgah ke sini setiap hari pada waktu lapangnya tidak kira waktu rehatnya, waktu tamat kerja atau hujung minggu. Dia masih berdoa untuk bertemu dengan wanita itu.

*buzzz* *buzzz*

Telefon Haider bergetar di dalam poket seluarnya. Laptop yang di riba oleh Haider dialih ke tepi dan dia menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Haider melihat skrin telefon dan ia panggilan dari Encik Din. Dia segera mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, Haider." Encik Din menyapa Haider dari dalam talian.

"Waalaikumsalam, Encik."

"Sorry ganggu waktu rehat.." Kata Encik Din sebersalah.

"Eh, takpe..dah nak habis waktu dah pun..kenapa? ada apa-apa hal ke?"

"Meeting kita yang patutnya petang ni dah tukar masa. Meeting tu mula dalam dua puluh minit lagi. Diorang baru inform, itu yang terus call Haider. Meeting tu pon online, so Haider tak payah balik office pun, takut tak sempat. Haider stay je kat mana Haider sekarang."

Dalam Lamunan KitaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ