Bab 11

5.9K 450 63
                                    

POV: HAIDER ZIYAD

Haider langsung tidak kuat melihat keadaan Aira itu. Apabila dia melihat kaki Aira yang berbalut itu, jantungnya seakan berhenti bendenyut.

Melihat tangan Aira yang luka dan calar itu membuatkan dia terasa sebak. Melihat Aira yang jalan terhincut-hincut itu membuatkan hati Haider hancur.

Tetapi itu masih tidak boleh membuatkan Haider memaafkan Aira.

Setelah mendengar apa yang Encik Din ceritakan, Haider merasa sangat kecewa.

Dia kecawa kerana Aira tahu tentang traumanya itu. Dia kecewa kerana Aira tidak pernah memberitahu Haider yang dia tahu.

'Apa lagi yang dia tahu?"

Terlalu banyak persoalan Haider. Adakah Aira tahu tentang segala apa yang Haider sembunyikan? Adakah selama ini Aira hanya berkawan dengannya kerana kesian? Adakah semua perbuatan dan kata-kata Aira itu satu penipuan? Adakah Aira tidak pernah ikhlas selama ini? Adakah semua yang Aira lakukan kepada Haider hanya atas sebab simpati?

Haider tidak dapat menerima hakikat. Dia masih tidak percaya.

Dia salah selama ini. Dia sangkakan Aira ikhlas berkawan dengannya. Dia sangkakan Aira memang suka berkawan dengannya. Dia sangkakan Aira mengambil berat tentangnya kerana itu memang sifat Aira. Dia sangka bantuan dan kebaikan yang Aira lakukan terhadapnya memang kerana dia anggap Haider sebagai kawan.

Ternyata Haider salah.

Tiada satu pun yang betul.

Semua itu hanyalah anggan-anggan Haider.

Aira bukanlah seperti yang dia fikirkan. Aira sama seperti orang lain. Aira termasuk dalam golongan yang pandang Haider hanya kerana simpati. Golongan yang tidak ikhlas berkawan dengan Haider. Golongan yang berbuat baik kepada Haider hanya kerana kesian.

Dia fikirkan Aira berbeza. Semasa dia mengenali Aira dan berkawan dengannya, Aira telah membuatkan Haider menjadi lebih baik. Aira juga telah membantu Haider dalam perjuangannya. Aira telah membuatkan Haider merasakan kegembiraan sejak sekian lama dia tidak berasa gembira. Aira telah membuatkan dia merasa tenang sejak sekian lama ketenangan Haider lenyap. Aira juga telah membuatkan Haider banyak senyum berbanding sedih.

Aira juga telah mewujudkan kembali perasaan-perasaan yang sudah lama terhapus dalam diri Haider.

Apabila Aira mengambil berat tentangnya, Haider buat pertama kali rasa dirinya layak untuk disayangi. Apabila Aira risau tentang Haider, dia rasa amat dihargai. Aira betul-betul membuatkan Haider rasa kasih sayang yang sudah lama terhapus dalam hidupnya.

Sejujurnya, Aira telah membuatkan Haider berkeinginan untuk merobohkan dinding ketidakpercayaannya. Aira telah membuatkan Haider ingin memberikan kepercayaan yang dia tidak berikan kepada sesiapa kepadanya. Aira juga telah membuatkan Haider berkeinginan untuk merasakan perasaan yang sudah lama menghilang. Aira membuatkan Haider ingin kembalikan perasaan cinta yang sudah lama dia buang dari hidupnya.

Semua keinginan Haider itu kini terpadam kembali apabila dia memikirkan yang Aira tidak pernah ikhlas dalam segalanya. Semuanya adalah simpati semata-mata.

"Please anggap yang kita tak pernah kenal."

Haider menguatkan dirinya untuk terus berjalan tanpa menghiraukan apa yang terjadi di belakangnya.

Dalam Lamunan KitaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora