Bab 36

4.4K 257 8
                                    

"Nanti tunggu saya dalam tadika, jangan tunggu kat luar."

Haider berkata kepada Aira yang sedang duduk di tempat duduk penumpang itu. Aira mengangguk perlahan sambil dia melucutkan tali pinggangnya. Dia kemudian menghulurkan tangannya kepada Haider dan menyalamnya dengan lembut.

"Take care, alright. Don't worry, saya ada." Haider mengucup dahi Aira.

Aira mengukirkan senyumannya yang kecil dan terus membuka pintu dan keluar dari kereta Haider. Dia melambai Haider dari tempatnya berdiri dan mula berjalan masuk ke dalam kawasan tadika itu. Sebaik sahaja dia sampai di depan pintu, barulah Haider mula memandu pergi.

Selepas sahaja Haider pergi, Aira terus menutup pintu tadika itu. Oleh kerana dia keseorangan ketika itu disebabkan Sarah masih lagi belum tiba, Aira juga telah mengunci pintu itu untuk menjaga dirinya dengan lebih berhati-hati.

Seminggu sudah pun berlalu sejak mereka pulang dari bulan madu mereka. Selepas Haider dan Aira mengetahui kejadian yang berlaku terhadap rumah keluarga Aira dan situasi yang Sarah ceritakan, kehidupan seharian mereka terus berubah menjadi lebih berwaspada.

Aira kini menjalani harinya dengan lebih terjaga dan berbatas. Aira kini tidak pernah ditinggalkan sendirian dalam tempoh dua puluh empat jam. Dia dilindungi dengan baik oleh orang yang berada di sekelilingnya. Haider, Sarah dan Zain telah menjalankan peranan yang bagus untuk memberikan keselamatan yang terbaik untuk Aira.

Aira kini tidak langsung memandu sendirian untuk ke tempat kerjanya. Haider yang selalunya akan menghantar dan menjemput Aira sesudah waktu kerjanya tamat. Sepanjang waktu Aira bekerja pula, Sarah yang akan menemani Aira dan menjaganya. Tetapi, mereka tidak pernah ditinggalkan berdua untuk tempoh masa yang lama sepanjang mereka bekerja. Zain selalunya akan menyinggah ke tadika itu dan menemani mereka untuk beberapa jam. Setelah Zain pergi, Haider pula yang akan datang ke tadika itu pada waktu rehatnya dan makan tengahari bersama mereka di situ.

Inilah perkara yang telah dilakukan setiap hari sejak mereka semua mengetahui tentang kemunculan kembali lelaki yang telah memusnahkan hidup Aira itu. Kehidupan Aira tidak lagi berada dalam fasa yang selamat. Mereka semua sekarang tidak mengetahui apa langkah bekas teman lelaki kakak Aira itu akan lakukan selepas ini, jadi cara mereka menghindarinya adalah dengan melindungi Aira setiap hari daripada bahaya yang mungkin datang.

Sejak Aira mendapat tahu yang teman lelaki kakaknya itu kembali muncul ke dalam hidupnya, ketakutannya terus kembali semula menghantuinya. Memori Aira yang sudah lama dia lupakan kini terjerut semula di dalam kepalanya. Memori tentang dirinya yang terkena serangan seksual dari teman lelaki kakaknya itu selalu bermain di dalam fikirannya.

Aira menjadi lebih takut apabila mendengar kemungkinan yang Farhan adalah dalang yang telah memecah masuk ke dalam rumahnya. Dia bimbang dengan tindakan yang bekas teman lelaki kakaknya telah lakukan secara tiba-tiba itu.

Farhan telah lama menghilangkan dirinya. Sejak dari kejadian yang berlaku pada Aira di malam parti hari jadi kawannya pada lima tahun yang lepas, dia tidak pernah bertemu lagi dengan bekas teman lelaki kakaknya itu. Selepas Farhan melakukan serangan seksual ke atas Aira malam itu, dia terus menghilang dan tidak langsung ditemui. 

Aira pelik kenapa Farhan tiba-tiba muncul semula dan lakukan semua perkara ini kepada dia dan keluarganya. Sudah lima tahun dia menghilang dan lenyap dari hidup Aira. Aira sentiasa sangkakan yang Farhan telah melarikan diri. Dia sentiasa ingatkan yang lelaki itu takut selepas dia tertangkap dengan Husna semasa dia cuba untuk mencabuli Aira pada malam itu. Aira selalu sangkakan yang lelaki itu tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengannya selepas situasi yang lebih teruk berlaku kepada kakaknya.

Apabila Aira mendapat tahu Farhan kembali, bukan ketakutan sahaja yang muncul dalam diri Aira, tetapi kebencian pun turut membuak dalam dirinya. Lelaki itulah yang telah memusnahkan seluruh hidupnya suatu ketika dahulu. Dialah punca sebenar kepada semua keperitan yang Aira lalui. Dialah punca Aira trauma untuk masa yang lama. Perbuatan yang dia lakukan itulah yang telah memberikan kesukaran untuk Aira melalui hari-harinya sebelum ini. Farhan itu jugalah punca sebenar kakaknya mengambil nyawanya sendiri. Kalau tidak kerana perbuatan yang dia lakukan terhadap Aira pada malam itu, Husna mesti masih hidup dan bersama dengan Aira sekarang.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now