Dua Bulan Selepas Itu
"We did it."
Sarah memeluk Aira sebaik sahaja mereka turun dari tangga mahkamah itu. Dia mengusap-ngusap belakang Aira perlahan sambil dia menahan dirinya yang sebak itu.
"We did it..." Aira menghela nafas lega dalam pelukan Sarah itu.
Aira, Sarah, Haider dan Farhan baru sahaja selesai menghadirkan diri ke perbicaraan terakhir untuk kes jenayah Zain sebentar tadi. Mereka berempat telah datang ke perbicaraan pada hari ini untuk mendapatkan keputusan muktamad daripada hakim ke atas jenayah-jenayah Zain yang telah disabitkan ke atasnya. Perbicaraan untuk kes Zain ini telah berjalan selama dua bulan dan akhirnya, pada hari ini, keputusan akhir telah diputuskan dan kes Zain telah berjaya ditamatkan.
Mahkamah baru sahaja mengakhiri perbicaraan Zain beberapa belas minit yang lepas dan hakim yang mengadili perbicaraan tersebut telah memuktamadkan hukuman yang dijatuhkan ke atas Zain. Mereka berempat yang menghadiri perbicaraan tersebut daripada mula hingga akhir telah menyaksikan Zain dibicarakan di dalam bilik sidang itu.
Pada akhir perbicaraan itu, Zain telah dijatuhkan hukuman gantung atas sebab mandatori jenayah beratnya yang melibatkan dengan aktiviti pengedaran dadah yang berleluasa selama bertahun-tahun. Bukti-bukti yang ditunjukkan dan saksi-saksi yang telah memberi kenyataan sepanjang tempoh perbicaraan ini diadakan selama dua bulan ini telah mengalahkan kesemua tuntutan bela yang dilakukan ke atas Zain. Pembelaan yang Zain cuba dapatkan untuk dirinya tidak berjaya didapatkan atas kerana jenayah berat yang dilakukan olehnya terlalu banyak. Bukti-bukti yang bertimbun-timbun dijumpai dan digunakan dalam sesi perbicaraan itu juga tidak membantu Zain untuk menyelamatkan dirinya.
Zain secara muktamadnya telah dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak hakim mahkamah. Dia kini tiada lagi kebebasan untuk melepaskan diri dan dia akan berada di dalam penjara dan ditahan di sana sehingga hari hukuman gantungnya tiba. Dia secara rasmi tidak lagi boleh menjalankan hidupnya seperti orang awam yang lain.
"Aku bersyukur..." Aira berkata perlahan apabila dia meleraikan pelukannya dari Sarah.
Sepanjang Aira menghadiri perbicaraan itu bersama yang lain selama dua bulan ini, dia telah mengetahui tentang pelbagai jenayah-jenayah yang Zain telah lakukan selama ini. Aira mendapat tahu yang Zain telah mula mengedar dadah sejak dari umurnya lapan belas tahun. Aira baru tersedar yang sepanjang dia berkawan dengan Zain selama ini, Zain sudah pun aktif melakukan jenayah tersebut dan Aira tidak langsung tahu apa-apa.
Aktiviti pengedaran yang Zain lakukan juga berleluasa dan telah banyak menyebabkan faktor kematian. Ramai saksi-saksi telah memberikan keterangan yang Zain telah menjual dadah dengan dos yang melebihi had kepada sesetengah individu dan menyebabkan kematian ke atas beberapa pembelinya. Hampir kesemua saksi yang datang memberi kenyataan adalah daripada keluarga atau rakan mangsa yang telah pun meninggal dunia disebabkan Zain. Apabila Aira mengetahui semua ini, Aira sungguh terkejut kerana dia ketika itu mendapat tahu yang Husna bukan satu-satunya mangsa, tetapi ramai lagi orang lain yang telah terpedaya dengan perkara yang Zain lakukan.
Aira secara jujurnya amat gembira apabila dia mendengar yang hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada Zain itu. Dia merasakan yang hukuman itu sangat setimpal untuk dikenakan ke atas Zain. Apabila dia mendapat tahu kesemua jenayah Zain dengan terperinci, Aira tidak langsung merasakan yang Zain layak untuk diberikan hukuman yang ringan ataupun dilepaskan. Perkara-perkara yang Zain telah lakukan terhadap orang lain itu sangat tidak boleh dimaafkan dan dibiarkan. Hukuman yang dikenakan ke atas Zain ini adalah hukuman yang paling adil untuk segala jenayah yang dia telah lakukan.
"Great work, semua. We successfully got the justice that we want."
Aira dan Sarah berpaling ke arah suara itu dan mereka nampak Farhan sedang menuju mendekati mereka. Farhan mengukirkan senyuman yang lebar sepanjang waktu dia berjalan ke arah mereka.
YOU ARE READING
Dalam Lamunan Kita
RomanceSatu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' buk...