Bab 19

4.9K 376 27
                                    

POV: HUMAIRA AQSA
DAY 6

"Macam mana? Apa keputusan kau?!"

Sarah berkata sebaik sahaja dia membuka pintu apartmen Aira dengan pantas. Suaranya sedikit lantang ketika itu. Matanya terkebil-kebil menantikan jawapan daripada Aira yang baru sahaja sampai di depan pintu apartmennya.

Aira ketika itu terkejut dengan tindakan Sarah itu. Ia berlaku dengan sangat pantas. Loceng yang Aira baru tekan pada pintu apartmennya masih lagi berbunyi ketika mana Sarah membuka pintu itu.

"Wuish! Astaghfirullah!" Aira meletakkan tapak tangannya pada dadanya akibat terkejut. Dia mengusap perlahan dadanya itu.

Nasib baik Aira tidak ada masalah jantung. Jika Aira ada, kemungkinan Aira sudah tidak bernyawa sekarang.

"Macam mana? Macam mana?" Perasaan ingin tahu Sarah menggila ketika itu. Riak wajahnya sangat teruja menunggu jawapan dari Aira.

Aira yang masih lagi mahu menenangkan dirinya yang terkejut itu menjeling Sarah.

Dia kemudian meletakkan kedua tangannya pada bahu Sarah dan menolak Sarah perlahan sehingga mereka berdua masuk ke dalam apartmen Aira.

"Kau ni, ishh...aku baru sampai. Kasut pun tak sempat buka lagi." Aira menanggalkan kasutnya sambil memberikan jelingan tajam kepada Sarah.

Sarah mengundurkan dirinya ke ruang tamu Aira. "Aku tak sabar ni!"

Aira menggelengkan kepalanya. "Sabar jap. Bagi aku tanggalkan kasut dulu."

Sarah mengganguk dan berlari ke sofa. Dia duduk dan segera memalingkan mukanya pada Aira. Dia tidak sabar untuk mendengar cerita Aira itu.

Waktu sekarang sudah pun malam, dan Aira baru sahaja pulang dari 'date' bersama Zain.

Zain memberitahu Aira yang dia telah membuat keputusan untuk merealisasikan satu peluang yang dia mahukan daripada Aira semalam pada hari ini.

Hari inilah hari di mana Zain membuktikan dan menunjukkan yang dia boleh mengubah perasaan Aira untuk menyukai dirinya. Jadi, dia telah menghabiskan masanya merealisasikan impiannya itu bersama Aira sepanjang hari.

Peluang itu kini telah pun tamat dan sekarang Aira telah pulang dengan keputusan yang hanya dia dan Zain yang tahu akan jawapannya.

Jawapan itu sekarang sedang cuba dikorek oleh Sarah. Aira telah memberitahu semuanya kepada Sarah dan Sarah yang mengetahui hal ini secara sukarela bermalam di apartmen Aira kerana dia mahu mendengar cerita dan jawapan Aira berikan kepada Zain dengan cepat. Dia tidak mampu untuk menunggu. Dia tiada kesabaran yang cukup kuat untuk menunggu Aira bercerita pada hari esok di tempat kerja mereka. Jadi, Sarah membuat keputusan untuk bermalam di apartmen Aira hari ini.

"Cepat! Cepat! Cepat!" Sarah masih lagi teruja.

Aira berjalan ke sofa dan merebahkan badannya. Dia menyandarkan kepalanya ke sofa itu dan memandang ke siling.

"Okk..aku cerita dari awal."

.

Beberapa jam yang lalu

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now