Bab 40

4.9K 293 10
                                    

"That's son of a bitch."

Sarah menyandarkan belakangnya pada katil Husna itu sambil dia menghulurkan telefon kepada Aira setelah dia selesai membaca kesemua pesanan teks antara Zain dan Husna itu.

Sarah telah pun datang ke rumah keluarga Aira sebaik sahaja dia mendapat panggilan daripada Aira beberapa jam yang lalu. Sarah telah menghabiskan masanya mendengar semua penceritaan dan penjelasan Aira sepanjang dia di sini. Aira telah menyatakan kesemua rahsia dan perkara yang selama ini tersembunyi dan disorok oleh Zain. Dia telah memberitahu Sarah segala benda yang terbongkar tentang Zain dan dia juga telah menunjukkan bukti-bukti yang dia jumpa hasil dari pencariannya di bilik Husna itu.

Sarah sekarang sudah pun tahu tentang diri Zain yang sebenar dan semua benda yang Zain telah lakukan kepada Aira dan orang di sekeliling Aira. Dia kini tahu yang Zain itu bukan seorang individu yang baik. Dia kini tahu yang Zain adalah pesalah dan penjahat yang sebenar.

"He's insane, he's a psycopath." Sarah menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengeluh.

"He's a great actor." Aira membaringkan badannya ke atas lantai itu.

Aira tidak langsung berasa sedih apabila dia mendapat tahu hal yang sebenar. Pada awalnya, Aira sangat terkejut dan tergamam apabila semua benda terbongkar dalam satu masa. Dia mulanya tidak dapat terima dengan kebenaran yang terpapar di depan matanya itu. Dia telah mengambil masa yang agak lama untuk menenangkan dirinya yang terkedu itu. Dia perlahan-lahan mengambil masa untuk keluar dari zon serabutnya yang penuh dengan kekeliruan itu sendirian.

Apabila Aira sudah mulai tenang dan fikirannya tidak lagi dalam keadaan kucar-kacir, Aira telah menghabiskan masanya berfikir dan memproses semua perkara yang berlaku itu satu persatu. Aira tidak langsung berasa takut atau sedih apabila dia selesai memikirkan kesemua benda yang terjadi itu. Dia tidak langsung merasakan dirinya tiada keberanian atau ingin menangis apabila dia mengetahui hal sebenar itu.

Aira tidak merasakan semua itu tetapi apa yang Aira rasakan adalah kegeraman yang banyak di dalam dirinya. Kebencian yang besar muncul dalam diri Aira apabila dia mendapat tahu yang Zain adalah penjahatnya. Hati Aira panas apabila memikirkan tentang lakonan Zain selama ini. Dia benci kerana semua benda yang Zain lakukan selama ini hanyalah palsu. Kesemua perkara yang Zain buat selama ini tidak pernah ikhlas.

Kemarahan Aira membuak apabila dia teringat kebaikan-kebaikan yang Zain buat terhadapnya sebelum ini. Dia tidak sangka kesemua tindakan Zain itu hanya lakonan semata-mata. Zain hanya lakukan semua itu hanya untuk dia menutup kesalahannya dan membutakan Aira daripada mengesyakinya.

"Selama ni, semua benda baik yang dia buat tu semua ada maksud." Aira berkata perlahan sambil dia memalingkan wajahnya kepada Sarah yang masih tersandar di katil itu.

"Aku speechless, Aira. Sumpah.." Sarah mengeluh.

"Aku tak sangka dia boleh buat macam tu dekat aku, dia kawan baik kite Sarah...kawan baik." Pengkhianatan yang Aira rasakan masih lagi tidak hilang.

"He's not, now." Sarah mendonggak dan memandang ke siling.

"Aku jadi geram gila bila ingat waktu dia datang sini lawat aku masa pagi lepas parti Rina tu. Aku tak boleh brain macam mana dia boleh ada audacity datang jenguk aku walhal dia yang sexual assaulted aku malam tu. Aku terbayang waktu muka dia berlakon risau tu, aku...wow..." Aira mengeluarkan nafas kagum.

"Dia berani datang macam dia tak tertangkap langsung. Padahal, dia dah kantoi depan Husna. Gila betul." Sarah membalas.

"Dia tak rasa sebersalah langsung, dahlah hari tu juga kita jumpa Husna dekat bilik air tu. Dia langsung tak rasa gerun or takut bila nampak pil-pil yang dia bagi tu Husna guna to unalive herself." Aira bangun dari baringnya dan menghadap ke Sarah.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now