Bab 29

5K 352 27
                                    

"Aku terima nikah Nur Humaira Aqsa Binti Muhammad Abbas dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai."

Aira senyum sendirian apabila lafaz yang dikatakan oleh Haider itu bermain di dalam fikirannya.

Akad yang Haider lafazkan semalam masih bermain di dalam fikiran Aira. Lafaz itu sekarang sudah menjadi musik di kepala Aira. Lafaz itu sentiasa berputar-putar di dalam fikiran Aira. Dia tidak pernah melupakan kata-kata yang bermakna yang disebutkan oleh Haider itu.

"Kau rasa mata Haider bengkak tak?" Aira bertanya kepada Sarah sambil dia memerhatikan matanya yang sedikit bengkak itu pada cermin di hadapannya.

"Sah-sah bengkak gila. Kau tengoklah dia nangis macam apa semalam lepas dia lafaz akad." Sarah membalas sambil dia memandang ke tingkap, melihat pemandangan di luar.

Selepas Aira mendengar kata-kata Sarah itu, dia terus teringat tentang semalam.

.

"Sah!"

Beberapa saksi yang berada di sekeliling Haider berkata serentak sebaik sahaja wali, iaitu ayah Aira bertanya selepas Haider melafazkan akad.

"Alhamdulilah." Ayah Aira terus mengangkat kedua tangannya dan mula berdoa.

Sebaik sahaja Haider sedar yang dia sudah sah bergelar suami kepada Aira pada saat itu, dia terus menangis dalam keadaan yang senyap. Badannya menggigil-gigil sambil matanya mencurah-curahkan air mata ke pipinya.

Akmal yang duduk di belakang Haider itu mengusap-usap belakang Haider, cuba menenangkan dia.

Akmal menghulurkan Haider tisu dan Haider terus mengelap air matanya yang masih laju mengalir di pipinya itu. Dia kemudian berpaling kepada Aira dan tangisan Haider sekali gus bertambah teruk.

Dia melihat Aira pun sedang menangis perlahan di kedudukannya. Aira pun sedang menatap wajah Haider yang sedang menangis itu.

Aira mengelap-ngelap pipinya dengan tisu. Air matanya juga tidak berhenti mengalir.

Sarah yang duduk di sebelahnya itu mengusap-usap tangan Aira perlahan. Sarah pun ketika itu sebak melihat Aira dan Haider yang sedang menangis itu.

Selepas mereka semua selesai berdoa, Haider mula mambaca lafaz taklik.

Apabila dia selesai, prosedur pembatalan air sembahyang mula dijalankan.

Haider yang masih menangis itu berjalan ke arah Aira yang sudahpun menunggu kedatangannya itu.

Kedua-dua mereka masih mengalirkan air mata secara perlahan.

Sebaik sahaja Haider melutut di depan Aira, mereka pun memulakan sesi pembatalan air sembahyang itu.

Tangan Haider terketar-ketar sewaktu dia ingin menyentuh tangan Aira buat kali pertamanya. Mereka berdua tidak pernah menyentuh satu sama lain sepanjang mereka berkenalan. Jadi, saat itu sangatlah mendebarkan dan paling istimewa buat mereka.

Pada waktu Haider menyentuh tangan Aira itu, diri Haider seakan bertambah sebak ketika itu. Air matanya yang hampir berhenti itu semakin deras mengalir.

Haider cuba menenangkan dirinya dan mula menyarungkan cincin ke jari Aira secara perlahan sambil dia menatap wajah Aira dengan senyuman.

Setelah dia selesai menyarungkan cincin itu di jari Aira, Haider meletakkan jari telunjuknya di bawah dagu Aira dan perlahan-lahan mendonggakkan Aira.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now