Bab 14

6.2K 444 54
                                    

POV: HUMAIRA AQSA
DAY 1

Aira melihat skrin telefonnya dan terdapat beberapa notifikasi panggilan Haider yang tidak dijawab. Sebelum sempat Aira mengalihkan pandangannya, panggilan Haider sekali lagi terpancar pada skrin telefon Aira.

Apabila Aira tidak mengangkat panggilan Haider, notifikasi pesanan teks mula berbunyi pada telefon Aira. Bunyi notifikasi telefon Aira berbunyi banyak kali dalam satu masa. Spam daripada Haider.

Aira mengambil telefonnya dan tanpa berlengah, dia hidupkan mode 'Do Not Disturb'. Dia tidak mahu diganggu oleh Haider lagi sepanjang tujuh hari ini. Dia mahu memberi pengajaran kepada Haider.

Aira bersiap untuk ke tadika. Dia memakai baju kurung cotton yang berwarna merah jambu cair dan bercorak bunga-bunga kecil. Dia kemudian memakai tudung bawal yang tone warnanya seperti baju kurung itu.

Aira memakai makeup seperti biasa dan menyemburkan minyak wangi pada dirinya. Aira melihat dirinya buat kali terakhir di cermin itu sebelum dia memaling ke arah jam dinding di dalam biliknya itu.

Waktu sudah menunjukkan pukul lapan dua puluh lima pagi.

Mulai dari hari ini, Aira tidak lagi akan menunggu Haider seperti yang dia lakukan setiap hari sebelum ini. Sepanjang tujuh hari ini, dia akan membuat Haider tidak wujud dalam hidupnya.

Aira mengambil beg tangannya dan barang-barang yang perlu dibawa ke tadika itu. Dia kemudian mencapai termos hitam yang berada di meja makannya. Dia telah membekalkan dirinya air kopi yang dibancuh sendiri. Dia tidak membekalkan Haider teh chamomile. Tiada apa-apa yang akan diberikan kepada Haider lagi.

Aira turun dari lif dan keluar dari blok apartmennya. Dia kemudian nampak Haider sedang berdiri di luar blok itu. Haider sedang menunggu dia. Haider tidak perasan yang Aira berada di situ kerana Aira di belakangnya.

Aira melihat Haider dari jauh itu. Haider sedang menyilang tangannya. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Kaki Haider sedang menyepak-nyepak batu di jalan tar itu dengan perlahan.

Aira melihat kot hitam yang Haider sangkutkan pada bahunya. Aira tersedar baju kemeja yang dipakai Haider basah pada belakangnya, dengan peluhnya sendiri.

Belakang Haider yang basah itu menunjukkan bukti yang dia sudah menunggu Aira dalam tempoh yang lama.

Aira mula untuk berjalan ke keretanya. Sebelum sempat dia melepasi Haider, ada kereta berhenti di hadapan Haider.

Aira berhenti dari langkahnya. Dia cuba melihat siapa di dalam kereta itu. Dia mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.

Aira nampak yang Haider pun sedang melihat-lihat secara senyap-senyap dari posisinya.

Tingkap kereta itu diturunkan secara perlahan dari tingkap depan bahagian penumpang.

Di dalam kereta itu adalah Zain.

Zain mengangkat tangannya dari dalam kereta itu dan dia memandang Aira dengan senyuman.

Haider yang nampak perlakuan Zain itu dengan serta merta memandang ke belakang dan melihat Aira yang sedang berdiri di belakangnya.

Aira langsung tidak memalingkan wajahnya kepada Haider. Dia langsung tidak memandang Haider.

Haider melihat Aira dan kemudian kepada kereta Zain beberapa kali. Dia seperti mahu menahan Aira dari menaiki kereta Zain itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now