Bab 27

5.2K 327 38
                                    

"Wah, look delicious! Haider masak sendiri ke?"

Haider yang sedang mengunyah nasi mendonggak kepalanya ke arah suara itu dan dia nampak Encik Din yang baru sahaja keluar dari bilik pejabatnya.

Encik Din berjalan mendekati Haider sambil dia melihat lauk-pauk yang ada di dalam bekal yang Haider sedang makan itu.

"Taklah, saya beli kedai...lepastu saya letak dalam bekas ni je." Haider tersipu malu menjawab persoalan Encik Din itu.

Sekarang adalah waktu rehat dan semua pekerja sudahpun keluar dari pejabat untuk pergi berehat dan makan tengahari kecuali Haider. Haider seorang sahaja yang masih berada di dalam pejabat itu. Dia tidak keluar dari pejabat untuk makan tengahari kerana dia sudahpun membawa bekalan makanan dari apartmennya. Jadi, dia hanya menghabiskan waktu rehatnya di dalam pejabat itu sahaja.

"Oh, ingat Haider masak.." Encik Din senyum.

Haider menggeleng. "Saya tak pandai masak."

Sebenarnya, Haider menipu. Makanan yang ada di dalam bekas bekal yang dibawa itu bukanlah dibeli dari kedai tetapi itu adalah pemberian dari Aira.

Haider menipu kerana dia masih lagi merahsiakan dari semua orang tentang Aira dan juga tentang perihal mereka yang akan berkahwin itu.

Sudah hampir dua bulan sejak hari dia meminang Aira itu, tetapi, Haider masih tidak bersedia untuk menyatakan semua itu kepada Encik Din atau sesiapa yang dia kenal di tempat kerjanya ini. Dia masih tidak bersedia untuk meluahkan semua itu kepada mereka. Dia masih tiada keberanian untuk berdepan dan berbual panjang dengan mereka sambil menceritakan perihal hidupnya. Dia masih susah untuk meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Dia masih sedang mencuba untuk menghilangkan ketakutan dan perasaan ketidakpercayaan yang tertanam di dalam dirinya itu. Dia masih berusaha untuk cuba biasakan dirinya untuk berbual dan beramah dengan orang lain.

Aira tidak pernah memaksa Haider untuk memberitahu semua orang tentang perhubungan mereka. Dia terima dengan hati terbuka jika Haider tidak mahu memberitahu sesiapa tentang mereka. Itu kerana Aira faham dengan keadaan Haider itu. Dia faham dengan ketakutan Haider itu. Dia faham dengan perasaan Haider yang susah untuk beri kepercayaan kepada orang lain itu. Dia tidak pernah mencuba mendesak Haider untuk melakukan semua itu.

Tetapi, Haider sendiri yang mahu keluar dari zon selesanya dan cuba untuk membuang sifat 'tidak percaya' yang ada di dalam dirinya itu. Dia yang memberitahu Aira yang dia mahu menceritakan tentang hubungan mereka dan perihal mereka kepada rakan sekerjanya. Dia yang berhasrat untuk memperbaiki kemahiran sosialnya dan cuba untuk belajar berbual dan beramah mesra semula.

Aira tidak pernah mengabaikan Haider setelah dia mengetahui rancangan Haider itu. Dia sentiasa membantu Haider untuk merealisasikan hasratnya itu. Dia selalu memberi Haider semangat setiap kali Haider seperti mahu berputus asa. Aira sentiasa menenangkan Haider apabila ketakutan atau kebimbangan melanda Haider. Dia selalu memberi kata-kata semangat kepada Haider apabila Haider seakan mahu berhenti mencuba mencapai hasratnya itu.

Kerana Airalah Haider dapat mengumpul kekuatannya secara perlahan. Haider sekarang sudah beransur untuk mencapai tahap yang selesa untuk dirinya bercakap dengan orang. Dia sedikit demi sedikit sudah boleh berbual dan beramah mesra dengan orang lain.

"Saya perhati jugak, dah seminggu straight Haider tak keluar rehat, hari-hari bawa bekal..itu saya ingat Haider masak." Encik Din berkata sambil dia melihat Haider.

Haider ketawa kecil. "Saya tak serajin tu, encik."

Encik Din ketawa. "Okklah, saya tak nak ganggu, saya pun nak keluar rehat ni, saya gerak dulu, assalamualaikum."

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now