Bab 7

7.4K 535 43
                                    

"Saya pregnant."

"I want to break up."

"Please jangan kacau lelaki tu. Leave me."

Haider tersentak bangun dari tidurnya. Sekali lagi, dia terjaga dari tidurnya kerana mimpi buruk yang sentiasa ada di fikirannya itu.

Haider bermandi peluh. Seperti biasa, katilnya basah dan bantalnya lencun dengan peluh Haider. Haider menoleh ke arah jam loceng di tepi katilnya. Jam menunjukkan pukul tiga setengah pagi. Haider hanya mendapat tidur selama tiga jam.

Dia bangun dan mencabut sarung bantal dan sarung katilnya. Dia letak ke dalam bakul kotor di tepi pintu biliknya.

Haider berjalan keluar dari bilik menghala ke dapur. Dia menuangkan air ke dalam cawan dan meneguk dengan sekali nafas. Dia kemudian bergerak semula ke dalam biliknya menuju ke bilik air.

Dia menyimbahkan air pada mukanya di singki beberapa kali. Dia menutup paip dan melihat dirinya pada cermin di singki itu.

Haider benci melihat refleksi di cermin itu.

Dia mengeluh dengan kuat dan keluar dari bilik air.

Dia baring semula ke atas katil. Tetapi dia tidak tidur, dia mencapai telefonnya yang berada di bahagian sebelah katilnya itu.

Ada satu pesanan teks yang Haider masih tidak baca.

Haider pun membuka pesanan teks itu.

Haider tersenyum melihat mesej dari Aira itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haider tersenyum melihat mesej dari Aira itu.

Haider tiba-tiba teringat tentang semalam.

.

Haider membuka pintu dan keluar dari kereta Aira.

Aira pun keluar dari bahagian pemandu dan menuju ke Haider. Dia senyum dan membuka pintu tempat duduk belakang.

"Takpe, saya boleh angkat sendiri." Haider mengambil barang yang ada di tangan Aira.

"Banyak barang awak ni." Aira melihat Haider. Haider memandangnya dengan sayu. Dia tak mahu menyusahkan Aira.

"Ok, ok. Saya angkat yang ringan-ringan je. Boleh?" Aira mengambil barang Haider yang ringan dan memegangnya.

Setelah mereka selesai mengambil semua barang Haider, Aira mengunci keretanya dan mereka jalan masuk ke dalam bangunan.

Haider asyik menoleh ke arah Aira sepanjang mereka berjalan ke arah lif.

Aira tergelak dengan gelagat Haider itu. "Ya Allah, saya okeylah awak. Pandang depan je, nanti awak yang tersungkur pula."

Haider menekan butang lif dan mereka berdua menunggu untuk lif turun.

"Terima kasih, saya...tak tahu nak..cakap macam mana." Haider memandang Aira yang sedang memeluk barang Haider dengan berhati-hati.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now