Bab 21

5.3K 420 54
                                    

POV: HUMAIRA AQSA

"Still nothing?"

Sarah berjalan kepada Aira yang baru sahaja sampai ke tadika itu. Sarah menyandarkan badannya pada pintu sambil melihat Aira menanggalkan kasutnya.

Aira hanya menggelengkan kepalanya. Sebaik sahaja dia selesai membuka kasutnya, dia berjalan masuk ke dalam tadika itu dengan wajah yang muram.

"Aku dah try call, aku mesej..aku datang apartmen dia harini, and nothing. Absolutely nothing." Aira meletakkan barangnya ke atas meja yang berada di hadapan kelas itu.

Tempoh denda yang Aira kenakan kepada Haider telah tamat semalam. Aira telah menunggu seharian untuk hari itu berakhir semalam. Apabila jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam, Aira terus teruja untuk bertemu Haider. Sepanjang malam Aira cuba untuk menelefon Haider, tetapi langsung tidak diangkat.

Pada mulanya, Aira fikirkan yang Haider sudah pun tidur, jadi dia membuat keputusan untuk menunggu pagi ini untuk bertemu Haider.

Tetapi malangnya, setiap panggilan yang Aira cuba buat pada pagi ini masih tidak diangkat oleh Haider. Mesej yang Aira cuba hantar juga tidak dibalas. Aira juga telah menunggu Haider pagi ini di bawah bloknya seperti yang dia lalukan sebelum ini, tetapi mereka langsung tidak bertembung. Haider tidak kelihatan di mana-mana.

Aira cuba naik ke blok apartmen Haider dan pergi ke apartmennya, tetapi nasib masih tidak menyebelahi Aira. Dia cuba untuk berjumpa Haider, dia cuba mengetuk pintu apartmen Haider, tetapi ia tidak dibuka. Haider mungkin sudah lama keluar dari apartmennya.

Aira mulai sedih kerana dia sangkakan Haider juga akan teruja sepertinya. Dia fikirkan Haider juga tidak sabar untuk hari semalam berakhir. Dia ingat Haider pun rindukan dia juga sepertimana dia merindukan Haider.

Tetapi apabila melihat keadaan ini, Aira tidak rasa yang Haider merasakan benda yang sama. Aira tidak tahu kenapa Haider masih melakukan semua ini kepada Aira. Aira sudah penat untuk bergaduh. Dia tidak mahu lagi mereka tidak bercakap, tidak bertemu dan berbuat seperti masing-masing tidak wujud.

Dia tidak mahu lagi semua itu berterusan. Dia mahu mereka kembali seperti sebelum ini. Dia mahu mereka bercakap semula, bertemu semula dan berada di sisi satu sama lain.

Aira juga merancang untuk meluahkan perasaannya kepada Haider sebaik sahaja hari ketujuh itu berakhir. Dia tidak mahu lagi menyimpan perasaannya. Dia mahu Haider tahu akan isi hatinya. Dia mahu mereka bersama. Dia mahu mereka mengambil satu langkah ke depan dan menukarkan status mereka daripada kawan kepada pasangan.

Tetapi Aira masih tidak berjaya untuk menemukan Haider. Jadi semua impiannya itu masih tidak tercapai.

"Dia busy kerja kot." Sarah cuba menenangkan Aira yang sedang sedih itu.

Aira mengeluh. "Aku hopelah dia busy....aku harap dia memang tak sengaja tak angkat call aku, tak balas mesej aku sebab busy..."

Aira menekup tapak tangannya pada mukanya. "Tapi aku takut....aku takut bukan sebab busy....aku takut dia sengaja...aku takut dia marahkan aku sebab aku buat dia macam tu..."

Sarah datang kepada Aira. "Taklah, aku yakin tak, dah gila ke? Kalau dia buat macam tu, sumpah childish. Memang aku sepak dia sekali lagi."

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now