Bab 30

6K 339 23
                                    

"OH.MY.GOD."

Mulut Aira ternganga sebaik sahaja dia dan Haider melangkah keluar dari lapangan terbang itu. Aira terpukau dengan apa yang dia sedang lihat di hadapannya itu.

"This place is unreal..." Aira menelan air liurnya sambil matanya tidak berkelip memandang ke sekeliling.

Haider yang mendengar kata-kata Aira itu mengangguk perlahan, bersetuju dengan setiap apa yang Aira katakan.

Aira dan Haider sekarang sudahpun sampai ke destinasi bulan madu mereka, iaitu Paris. Kapal terbang yang dinaiki mereka itu baru sahaja mendarat setengah jam yang lalu dan mereka sekarang berada di luar lapangan terbang, sedang menunggu teksi untuk membawa mereka menuju ke tempat penginapan mereka.

"I'm so excited, but I'm soooo tired." Haider menguap sambil dia menggosok matanya perlahan.

Aira memaling kepada Haider sambil dia menggeliat-liatkan tengkuknya perlahan. "Yeah, me too."

Mereka berdua tidak langsung sempat untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk beberapa hari ini. Jadual mereka terlampau padat untuk tiga hari sebelum ini. Bermula dengan hari pernikahan mereka sehingga hari penerbangan mereka ke sini, semua berlaku dalam masa yang berturut-turut. Tiada selang masa yang dapat memberikan mereka ruang untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Selepas sahaja majlis perkahwinan mereka berdua tamat semalam, Haider dan Aira terus bergerak ke KLIA untuk menuju ke sini.  Mereka telah menghabiskan masa seharian berada di dalam kapal terbang. Tempoh penerbangan mereka ke sini mengambil masa enam belas jam dan itu telah menambahkan lagi kepenatan mereka yang sudahpun berada di tahap maksimum itu.

Waktu di Paris sekarang pagi dan orang di sekeliling mereka berdua semuanya baru sahaja mahu memulakan hari mereka. Masing-masing kelihatan bertenaga dan teruja untuk mengisi masa seharian mereka. Manakala, Haider dan Aira merasakan sebaliknya. Mereka langsung tidak merasakan yang hari mereka baru bermula tetapi merasakan yang ianya seperti mahu berakhir. Kepenatan yang mereka rasakan seolah-olah seperti mereka telah menggunakan seluruh tenaga mereka sepanjang hari. Kepenatan dari kesibukkan mereka pada hari-hari yang lepas bersama dengan jet lag yang baru sahaja dirasai disebabkan zon masa yang berbeza itu menerukkan lagi keadaan mereka itu.

Nasib baik sepanjang hari ini, tiada aktiviti yang mereka perlu lakukan. Jadual mereka kosong untuk seharian ini. Semua aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan akan bermula pada hari esok. Zain yang telah menyusun jadual untuk mereka itu seperti tahu yang mereka berdua akan kepenatan dan tiada tenaga, jadi dia telah mengosongkan jadual mereka pada hari ini dari sebarang aktiviti. Dia memberikan mereka masa seharian untuk mendapatkan rehat yang cukup dan mengecas semula tenaga mereka sebelum mereka memulakan aktiviti yang menyeronokkan pada hari esok.

"Mr. and Mrs. Ziyad?"

Aira dan Haider dengan serentak berpaling ke arah suara yang berada di tepi mereka itu. Mereka nampak seorang lelaki sedang menghampiri mereka.

"Yes." Haider menjawab kepada lelaki itu.

Lelaki itu terus senyum dan mendekati Haider. "I'm the driver for the cab you called just now." Dia menghulurkan tangannya kepada Haider. "Welcome to Paris, sir."

Haider senyum. "Pleasure."

"Now, why don't you hop in while I put all these luggages inside the hood for you guys." Pemandu teksi itu senyum. Lelaki itu kemudian pergi ke teksi yang berada di hadapan mereka itu dan membukakan pintu tempat duduk belakang kepada mereka berdua.

"Thank you." Haider membalas.

Haider kemudian menyambut tangan Aira dan membawa Aira menuju ke teksi itu. Dia memberikan Aira ruang untuk masuk ke dalam kereta itu dahulu sebelumnya. Semasa Aira menunduk untuk masuk ke kereta, Haider meletakkan tangannya pada atas siling kereta itu, melindungi kepala Aira dari terhantuk.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now