Bab 12

6K 452 53
                                    

POV: HAIDER ZIYAD

Haider memegang pipinya yang baru sahaja dilempang oleh wanita di depannya itu.

Dia masih terkejut. Dia seperti berada di dalam mimpi. Dia masih tidak boleh fokus dengan apa yang sedang berlaku.

"Ap...apa—"

"That's for what you did to my best friend."

Wanita itu bersuara dan suaranya kedengaran tegas. Muka wanita itu merah, kerana kemarahan yang dirasai masih tidak hilang.

"Saya Sarah. Best friend kepada Aira."

Haider masih lagi bingung dengan situasi itu. Dia masih tak mampu berkata apa-apa.

Haider masih lagi memegang pipinya yang ditampar itu. Kepedihan mulai terasa dan Haider mengusap-usap pipinya perlahan.

"Are you blind, Haider?"

"Kenapa kau boleh kata Aira tak ikhlas berkawan dengan kau? Are you that blind?!" Sarah menunjuk-nunjuk ke arah matanya dengan jari telunjuknya.

Sarah menggelengkan kepalanya. "How can kau cakap yang Aira kawan dengan kau just because of simpati?! Where did you get that audacity?"

Haider terkebil-kebil. "Saya..sayaa.."

"Shut up! and let me talk. You don't say anything sampai I finish." Wanita itu meninggikan suaranya sedikit, tapi tidak terlalu kuat sehingga menggangu jiran-jiran Haider.

"Kau tahu tak dia TAK PERNAH ada satu perasaan macam tu sepanjang dia kenal dengan kau..dia ikhlas and sentiasa ikhlas. She accept you just the way you are! never the YOU from the past nor the future! It's always the present YOU! Kau yang sekarang!"

"Don't you notice? with everything?"

Dia memandang Haider dan menjeling Haider.

"Of course you don't." Wanita itu menyambung.

"Kau tahu tak apa yang dia buat dekat kau selama ini semua untuk kau. For YOU!"

Sarah meletakkan jari-jemarinya pada dahinya dan mengurut kepalanya perlahan.

"Masa kau first time bertugas dekat tapak pembinaan tu, kau ingat tak yang Aira tunggu kau?"

Haider mengingati waktu itu. Memori itu masih segar dalam kepalanya. Waktu itu Aira duduk di bangku luar tadika itu menunggunya dan mereka berjalan balik bersama. Pada waktu itu jugalah Aira membantu Haider pick up keretanya di bengkel. Pada hari yang sama juga mereka makan malam bersama. Dan pada hari itu jugalah Haider merasakan kasih sayang buat pertama kali sejak sekian lama ia lupus dari diri Haider.

Haider tidak akan pernah lupa tentang itu.

"Dia kata dengan kau dia balik lambat sebab dia ada keje tak settle lagi kan? Dia tipu! Tadika tutup pukul satu tengahari. We both settle for the day pada waktu tu, no works, no nothing. But Aira sanggup tunggu berjam-jam sebab nak spend time dengan kau! Kau balik pukul enam petang kan masa itu? cuba kira how long she waited? five hours! FIVE! All because of you!"

Haider tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Sarah itu. Dia langsung tidak tahu yang Aira sanggup buat begitu kepadanya. Pada waktu itu Haider teringat sesuatu yang terjadi pada hari tersebut.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now