Bab 28

5.1K 331 37
                                    

"Dia memang tak kasi kita drive ke?"

Haider sekali lagi bertanya kepada Aira yang sedang berdiri di sebelahnya itu. Ini sudah kali kelima Haider bertanya soalan yang sama dalam tempoh beberapa minit mereka berdiri di luar blok apartmen Aira itu.

"Yes, Haider. He won't let any of us drive." Aira masih membalas pertanyaan Haider itu dengan kesabaran yang tinggi walaupun ini sudah kali kelima dia mengulangi jawapan yang sama.

"Kau rasa dia nak celebrate dekat mana?" Sarah yang juga berada di situ bertanya kepada mereka berdua.

"Restoran biasa je kot...setakat celebration aku dengan Haider je pun, takkanlah nak outstanding.." Aira membalas sambil dia melihat skrin telefonnya.

"Maybe..." Sarah mengangguk perlahan sambil menunjukkan riak wajah yang penuh dengan kemusykilan.

Mereka bertiga sekarang sedang berkumpul mengikut perancangan Zain yang ingin meraikan Haider dan Aira yang bakal berkahwin itu. Mereka semua sebulat suara bersetuju untuk meraikannya pada malam ini. Jadi, mereka bertiga sekarang sedang berdiri di luar blok apartmen Aira, menunggu kehadiran Zain yang akan menjemput mereka di situ.

"Kau excited tak?" Aira senyum sinis kepada Sarah.

"Gila kau, sah-sahlah aku excited, dah lama aku tak lepak macam ni...tambah pula makan free...pergh!." Sarah membalas sambil ketawa.

Sewaktu Aira memaklumkan kepada Sarah tentang perancangan Zain itu, Sarah dengan sungguh gembira bersetuju untuk sertai mereka semua. Dia dengan mudah menerima pelawaan Aira itu. Dia dari awal tidak sabar untuk berkumpul dan bertemu dengan Zain setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya. Dia juga sungguh teruja untuk malam ini kerana dia tak sabar untuk melihat Zain dan Haider yang akan bertemu buat kali pertamanya.

Sarah memandang Haider yang berdiri di tepi Aira itu. "Kau, Haider? excited tak?"

Haider memaling ke Sarah dan hanya mengangkat kedua bahunya.

Semasa Aira menyatakan semua perancangan itu kepada Haider, Haider tidak berapa gembira. Pada mulanya, dia tidak setuju untuk bertemu dengan Zain dan meraikan bersamanya. Dia masih merasakan yang Zain masih menyimpan perasaan terhadap Aira. Dia masih tidak percaya akan Zain. Dia fikir yang Zain masih ada niat untuk mendapatkan Aira.

Untuk tempoh yang lama, Aira berusaha sedaya upaya untuk memujuk Haider. Dia menerangkan kepada Haider secara terperinci yang Zain tidak lagi menyimpan perasaan terhadapnya. Aira menyakinkan Haider yang Zain tidak lagi akan mencuba mendapatkan dia. Dia juga menyatakan kepada Haider yang Zain sekarang mahu kekal sebagai kawannya sahaja. Aira juga memberitahu Haider tentang Zain yang mahu cuba untuk berkenalan dengan Haider. Dia menyatakan kepada Haider tentang niat Zain yang ingin membetulkan salah fahamnya dengan Haider.

Haider yang mendengar pujukan dan penerangan Aira untuk masa yang lama itu akhirnya bersetuju untuk bertemu Zain dan meraikan bersamanya. Dia akhirnya bersetuju untuk mereka semua berkumpul dan bergembira bersama. Dia masih tidak percaya kepada Zain, tetapi dia akan cuba untuk berbaik dengan Zain pada malam ini.

"Dia memang tak bagitau apa-apa ke?" Sarah bertanya kepada Aira yang sedang mengibas-ngibas habuk yang melekat pada baju Haider itu.

Aira menggeleng. "Nothing."

Mereka semua sekarang dalam keadaan yang tertanya-tanya. Mereka bertiga tidak langsung tahu apa rancangan Zain pada malam ini. Zain tidak langsung memaklumkan apa-apa tentang perancangannya itu. Dia tidak memberi sebarang petunjuk kepada sesiapa. Mereka tidak ketahui bagaimana Zain akan menjemput mereka. Masing-masing tidak tahu ke mana Zain akan membawa mereka.

"Aku harap restoran yang dia pilih tu sedap." Sarah menjilat bibirnya. Dia sudah mula memikirkan tentang makanan di dalam kepalanya.

"Aku harap portion makanan dia banyak." Aira membalas dan Haider mengangguk setuju dengan kata-kata Aira itu.

Dalam Lamunan KitaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant