Bab 9

5.7K 467 42
                                    

POV: HUMAIRA AQSA

Sejak pertama kali dia bertemu Haider, Aira nampak semuanya.

Walaupun Haider sangat hebat menyembunyikan dirinya yang sebenar itu, Aira dapat melihat dengan jelas. Dia mengetahui yang Haider dalam penderitaan. Dia tahu yang Haider sebenarnya derita dengan sesuatu. Aira nampak diri Haider yang sebenar di sebalik topeng yang Haider pakai.

Walaupun wajah Haider mengukirkan senyuman yang lebar, tiada kegembiraan yang dia tunjukkan. Mata Haider kelihatan kosong, tiada sinaran. Di sebalik penampilannya yang kemas dan bergaya itu, Aira nampak kekusutan yang disembunyikan. Di sebalik suara Haider yang kedengaran ceria itu, Aira dengar keperitan dan kesedihan yang Haider sorokkan.

Aira sangat faham akan keadaan Haider.

Lingkaran hitam di bawah mata Haider bukanlah kerana sekadar kepenatan yang seperti dia cakapkan kepada Aira, ia lebih dari itu. Aira tahu kepenatan bukanlah punca lingkaran hitam itu wujud. Dia tahu Haider terseksa dengan sesuatu sehingga dia hilang nikmat tidurnya.

Setiap kali Haider menyatakan yang dia sudah makan, Aira tahu yang dia tidak makan. Haider mungkin boleh sembunyikan perkara itu dari orang lain, tetapi tidak dengan Aira. Segalanya terjawab pada wajah Haider sendiri. Kulit mukanya kusam dan bibirnya kering kerana dehidrasi dan kekurangan nutrisi.

Aira tahu selera makan Haider tidak wujud. Walaupun Haider hebat berlakon seperti dia menikmati setiap apa yang dimakannya, Aira tahu apa yang disembunyikan. Setiap tujuh suapan, Haider mesti akan berhenti makan. Aira perasan dengan jelas. Setiap kali Haider membungkus makanannya yang tidak habis itu, Aira tahu ke mana makanan itu akan pergi.

Tetapi itu semua tidak membuatkan Aira benci kepada Haider. Ia tidak pernah membuatkan Aira rasa ingin menjauhkan diri dari Haider.

Diri Haider yang derita dan terseksa itu tidak meliputi sinaran yang Aira nampak. Aira juga nampak diri Haider yang tersorok dan bukan yang disorok. Haider yang gembira, yang tenang, yang optimis, yang ceria, yang masih menyayangi dirinya masih tertanam di dalam tubuhnya. Dan diri itu sedang sesat, mencari jalan keluar untuk menunjukkan kewujudannya.

Aira pernah nampak diri Haider yang tersorok itu menunjukkan kewujudannya sekilas lalu.

.

"Mesti awak penat, takpe, balik ni rehat cukup-cukup, okey." Aira berkata dengan senyuman.

Pada saat itu, Aira nampak perubahan pada wajah Haider. Suatu sinaran terpancar dari matanya. Buat kali pertamanya, ekspresi muka Haider menunjukkan senyuman kegembiraan yang ikhlas.

"Awak pun penat, kita dua-dua kena rehat cukup-cukup." Haider membalas.

Walaupun Haider menyorokkan keadaannya yang derita dan berlakon gembira, tetapi, setiap kata-kata dan perlakuan Haider terhadap Aira semuanya benar dan bukan satu bohongan. Setiap satu darinya ikhlas.

Itu yang membuatkan Aira suka kepada Haider.

Haider melayan Aira dengan ikhlas. Setiap kata-kata yang diungkap ternyata memang dari isi hati Haider. Perlakuannya terhadap Aira adalah diri Haider yang sebenar, yang tidak disorok atau tersorok.

Kejujuran dalam setiap perbuatan dan kata-kata Haider membuatkan Aira mempercayai yang dirinya masih layak. Setiap perbuatan Haider membuatkan Aira merasa ketenangan. Haider tidak pernah berpura-pura dan berbohong kepadanya. Kewujudan Haider telah menyelamatkan Aira tanpa dia sedar.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now