Bab 6

6.9K 547 58
                                    

Haider terkebil-kebil kerana terkejut. Wanita itu berada di hadapannya dan dia sedang menunding jarinya pada Haider. Haider masih lagi mahu memproses apa yang terjadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Fikiran Haider tidak sempat untuk berfikir. Haider terkedu dan terpaku.

"Awak..yang haritu..." Wanita itu berkata kepada Haider.

Dia mengingati Haider.

Tangan Haider mula menggigil dan sejuk. Jantungnya bergerak laju. Debaran yang dia rasakan tidak langsung membantunya untuk berfikir. Haider tidak tenang. Dia masih lagi tidak boleh bercakap. Dia masih rasa takut untuk berbual.

Haider menarik nafas perlahan-lahan.

'Cuba lawan takut tu. Kau boleh buat...kau boleh..' jangan lepaskan peluang ni..ni mungkin peluang terakhir.' Haider kata di dalam hati.

"Saya tak sempat nak ucap terima kasih haritu.." Wanita itu menyambung.

Haider memandang wanita itu untuk beberapa saat dan kembali menunduk. Setelah senyap untuk beberapa minit; melawan ketakutannya, akhirnya dia memberanikan diri untuk bercakap.

"Aw...awak..ingat..saya?" Tangan Haider semakin sejuk di bawah meja. Dia mengusap-usap tangannya untuk hilangkan debaran yang dirasai. Matanya berpaling kepada wanita itu untuk beberapa saat dan kembali tunduk apabila panik mulai dirasai.

"Of course saya ingat! puas saya cari awak malam tu." Wanita itu senyum. Haider secara tidak sedar memandangnya ketika itu dan pandangannya terus tertumpu kepada lesung pipit manis di pipi kiri wanita itu.

Haider kembali menundukkan kepalanya ke bawah. Nafas. Nafas. Nafas.

"Terima kasih sangat-sangat pasal haritu, kalau tak sebab awak..." Wanita itu mengerutkan dahinya. "Saya tak tahulah apa akan jadi."

Haider mendonggak ke arah wanita itu dan menundukkan kepalanya kembali selepas beberapa saat; masih tidak boleh mengekalkan kontak.

"Sa...sama-sama.." Haider masih tergagap. 1,2,3,4 Nafas. Hembus. Kau okey. Kau okey.

"Luqman kata awak baik, sebab awak yang tenangkan dia." Wanita itu senyum kepada Haider.

Haider hanya membalas dengan senyuman yang kecil dalam tundukkannya.

Keadaan senyap untuk seketika.

Haider dapat merasakan keadaan itu semakin janggal. Nafas. Nafas. Nafas. Jangan terukkan keadaan. Macam yang kau selalu buat.

Haider mula marah kepada dirinya kerana dia tidak berani untuk bersuara, untuk meneruskan perbualan. Dia merasakan yang wanita itu mungkin membencinya. Mesti wanita itu berkata dia seorang yang sombong. Padan muka kau. Siapa suruh kau penakut sangat.

Haider masih mencuba untuk bercakap, tetapi dia tak boleh melakukannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa sukar untuknya beramah. Sudah lama Haider tidak berbual dengan orang, lebih-lebih lagi dengan orang yang baru dikenalinya.

Kaki Haider bergetar-getar di bawah meja. Tangannya masih sejuk. Bibirnya terasa kering. Peluh sudah mula turun daripada dahinya. Haider menutup matanya untuk seketika.

'Kau boleh..kau boleh..'

"Ma..macam...mana...dia?" Haider menarik nafas sebelum meneruskan ayatnya. "Dia..okey?" Nak muntah. Nak muntah. Nafas. Nafas.

Wajah wanita itu kelihatan gembira apabila Haider mengatakan sesuatu. Wanita itu membetulkan posisi duduknya. Senyuman masih tidak hilang dari wajahnya.

"Dia okey sangat, terlebih happy." Wanita itu ketawa kecil.

Haider mengganguk dan dia mendongak perlahan. Jangan tunduk. Jangan tunduk. Nafas. Nafas. Nafss...Nfsssss

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now