Bab 5

7.4K 485 6
                                    

Haider masuk ke dalam apartmennya dan menghempas pintu di belakangnya. Haider bersandar pada pintu itu dan perlahan-lahan rebah ke lantai.

"Tak..TAK..KENAPA!" Haider meletakkan kedua-dua tapak tangannya ke muka dan menggosoknya dengan kasar.

Dia masih tidak percaya dengan perkara yang baru berlaku itu. Ianya bukan seperti yang dia jangkakan. Dia tidak pernah membayangkan pertemuan mereka akan seperti ini. Ia sangat berbeza. Tidak pernah wujud dalam bayangan Haider yang pertemuan mereka akan menjadi seteruk ini. Dia tidak sangka wanita itu seorang ibu. Yang paling teruk, dia isteri orang. Haider masih tidak dapat memproses fikirannya yang wanita itu sudah berkahwin, dan mempunyai seorang anak lelaki. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berfikir seperti itu tentang wanita itu. Ia masih amat mengejutkan Haider.

Haider lari dari wanita itu adalah kerana dia tidak boleh menerima hakikat realiti. Dia terkejut dan dia mahu mengelak dari mereka. Haider buntu dengan situasi ini.

Dia masih ingat mimpinya di mana dia dan wanita itu memakai cincin perak yang mempunyai tanda huruf yang sama. Ia bermaksud yang kemungkinan wanita itu adalah isterinya. Tetapi, melihat situasi yang baru sahaja berlaku pada Haider, dia mula mempersoalkan segala benda. Adakah mimpi itu benar? Adakah itu hanya khalayan dirinya?

Haider tidak tahu sama ada melarikan diri daripada situasi itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Dia fikir mungkin itu jalan yang terbaik. Sekurang-kurangnya untuk dirinya, walaupun itu adalah perkara terakhir yang dirinya mahu lakukan.

Dia mahu sangat bertemu wanita itu. Mungkin mereka boleh berkenalan dan dia boleh bertanya tentang segala persoalan yang dia ada. Dia mahu penjelasan tentang kenapa wanita itu dimimpi olehnya dan apa petanda yang mahu ditunjuk kepada Haider. Apakah kewujudan wanita itu akan mengubah hidupnya? Adakah dia boleh membantu Haider? Adakah wanita itu benar-benar akan menjadi isterinya?

Semua persoalan itu kini hanya akan tertanam dalam hati Haider. Pertemuan mereka menjelaskan segala yang berlainan. Wanita itu bukanlah seperti yang dirinya bayangkan, dia sudah berumah tangga, mempunyai suami serta anak lelaki.

Haider masih tidak menerima hakikat. Terdapat banyak andaian yang Haider buat di dalam kepalanya. Adakah dia benar-benar isteri orang? Adakah dia benar-benar ibu budak itu? Mungkin dia hanya pengasuh kanak-kanak itu?

Sekali lagi, kegagalan melanda Haider.

Dan kali ini, Haider tidak dapat berbuat apa-apa

"Habis? mimpi tu apa?" Haider keluh dan menutup kedua matanya.

Ia amat memeningkan Haider. Mimpi yang dia alami bukan sekali. Ia berlaku banyak kali dan senarionya sentiasa berlainan. Perkara yang sama hanyalah lokasi dan wanita itu. Jika itu tidak membawa maksud apa-apa, kenapa dia bermimpi lebih dari sekali? mengapa dia mimpi mereka berdua sudah berkahwin?

Haider terpaksa terima dengan apa yang berlaku. Mungkin wanita itu bukanlah sesiapa. Mungkin itu hanyalah ilusi Haider. Mungkin memang benar itu hanya mainan mimpi daripada awal. Sudah masanya untuk dia berputus asa.

Haider bangun dari kedudukannya dan berjalan dengan tidak bermaya ke bilik tidur. Dia tidak langsung ada tenaga untuk menanggalkan kotnya. Dia terus merebahkan badannya atas katil. Dia merenung siling.

Sepanjang masa Haider rasa mimpinya mempunyai suatu petanda, itu hanyalah perkara sia-sia. Dia sepatutnya tidak mencari wanita itu daripada awal. Ini adalah kesilapan besar. Dia sepatutnya hanya fikir yang itu hanya mainan tidur dan tiada makna apa-apa. Dia tidak patut selalu memikirkan tentang wanita itu. Sekali lagi dia menyesal dengan sesuatu yang dia buat.

Wanita itu adalah hak milik seseorang. Haider tidak sepatutnya menjadi orang yang merosakkan perkara itu.

Haider kena lupakan perkara ini.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now