Bab 16

5.3K 410 64
                                    

POV: HAIDER ZIYAD
DAY 3

Haider duduk di atas sofanya dan menaip senarai barang-barang yang dia perlukan untuk hari ini di dalam aplikasi 'Notes' telefonnya itu. Sambil dirinya menaip senarai itu, Haider teringat tentang hal semalam.

.

Haider nampak Aira sedang bercakap dengan pengawal keselamatan yang menjaga bloknya itu.
Lelaki itu sedang memberitahu Aira sesuatu. Dia menunjuk-nunjuk ke arah kotak-kotak bunga ros yang sedang dibawa turun dari lori itu.

Haider melihat Aira mengganguk dengan kata-kata lelaki itu dan berjalan pergi masuk ke dalam bangunan apartmennya semula.

Selepas beberapa minit Haider tidak nampak Aira kembali, dia cuba berjalan mendekati blok Aira.

Pengawal Keselamatan yang bercakap dengan Aira sebentar tadi sedang membantu dua orang lelaki penghantar itu menurunkan kotak-kotak bunga ros dari dalam lori itu.

Haider berdiri di situ tanpa kelihatan mencurigakan. Dia cuba untuk berlakon yang dia tinggal di blok itu. Haider berjalan masuk ke dalam lobi itu dan duduk di atas sofa yang berada di dalam itu. Haider berlakon seperti dia sedang menelefon seseorang.

Sebaik sahaja Haider nampak mereka semua sudah selesai menurunkan setengah dari apa yang ada di dalam lori itu, dia bersedia untuk bangun dari sofa itu.

Apabila mereka semua masuk ke dalam lobi sambil menyorongkan kotak-kotak bunga ros itu menghala ke lif, Haider mengikut mereka dari belakang.

Haider menekankan butang lif itu untuk mereka kerana mereka kelihatan seperti memerlukan bantuan. Penyorong itu penuh dengan kotak-kotak bunga ros dan itu bukanlah kesemuanya yang ada. Masih banyak lagi berbaki di dalam lori itu yang masih tidak diturunkan.

Pintu lif terbuka dan Haider masuk terlebih dahulu. Lelaki penghantar dan pengawal keselamatan itu menolak penyorong itu ke dalam terlebih dahulu dan kemudian baru mereka masuk.

Haider melihat pengawal keselamatan itu menekan butang nombor enam. Sambil lif itu bergerak, Haider melihat kotak-kotak bunga ros itu dan kemudian dia berpaling kepada jambangan bunganya.

Kesedihan melanda Haider. Dia terasa kecil melihat kelebihan lelaki itu. Dia merasakan tahap dia dan lelaki itu sangat jauh. Tahap dirinya sangatlah rendah berbanding dengan lelaki itu.

Lelaki itu memiliki sesuatu yang dirinya tiada. Lelaki itu memiliki kekayaan, mempunyai wang dan Haider hanyalah lelaki biasa.

Haider hanya mampu untuk menghadiahkan Aira sejambak bunga manakala lelaki itu mampu untuk memberikan Aira lebih daripada seribu jambangan bunga.

Dia rasa dirinya akan kalah dengan lelaki itu. Keyakinan dalam diri Haider terus merosot dengan pantas.

Apabila mereka semua telah sampai ke tingkat enam, pintu lif terbuka dan mereka semua keluar termasuklah Haider.

Haider mengikut mereka dari belakang secara perlahan. Dia tidak tahu di mana apartmen Aira kerana dia tak pernah datang ke situ. Mata Haider menjeling kiri dan kanan, dan dari jauh dia nampak pintu apartmen Aira terbuka luas dan apabila Aira keluar dari apartmennya itu, Haider segera menyorok di tepi dinding.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now