POV: HAIDER ZIYAD
DAY 2"First time kau lepak dengan aku lebih dari sekali dalam sebulan ni." Akmal melihat tarikh pada telefonnya lagi sekali. Dia telah melakukan benda yang sama berulang kali.
"Dalam minggu ni dah dua kali." Akmal sekali lagi melihat skrin telefonnya.
Akmal meletakkan tapak tangan pada dahinya. "Aku tak demam kan? Ini realiti kan?"
Haider mengeluh dan menjeling Akmal.
"Siapalah perempuan tu, aku teringin nak tengok dia." Akmal memandang Haider.
"Gila betul, aku still tak boleh lupa hal semalam." Akmal ketawa.
"I hope your food digested well, because I don't think mine is." Akmal mengulangi ayat yang Haider sebutkan kepada pelayan di restoran semalam.
"Dah lama aku tak nampak side kau yang macam tu." Akmal menggelengkan kepalanya. "She's insane sebab berjaya bring HAIDER back." Akmal ketawa.
"Diamlah, Mal." Haider membaling tisu yang digulung ke arah Akmal.
Sejak dari peristiwa semalam di restoran itu, Akmal tidak berhenti menyakat Haider. Dia sebenarnya sangat terkejut dengan tindakan Haider itu. Itu kerana Haider sudah lama tidak menunjukkan dirinya yang sebenar. Akmal tidak ingat bila kali terakhir dia melihat diri Haider yang sudah lama hilang itu. Akhirnya, setelah sekian lama, diri Haider yang sebenar itu secara perlahan kembali dalam dirinya.
"Kau dah ready belum? Kalau dah, jom gerak." Akmal mula mengemas barangnya yang ada di atas meja itu.
Haider mengganguk dan bangun dari kerusi itu. Dia mengambil kedua-dua cup kopi yang ada di atas meja itu dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan di kafe itu.
Sejak Haider melihat kawan lelaki Aira yang secara jelas ingin mendapatkan Aira, dia tahu yang dia tidak boleh berdiam diri. Dia tahu kawan Aira itu mempunyai perasaan kepada Aira. Dia tahu lelaki itu mahu memenangi jiwa Aira.
Dan Haider takkan membenarkan perkara itu berlaku. Haider tidak mahu kehilangan Aira. Dia takkan biarkan Aira dimiliki oleh orang lain. Dia tak sanggup melihat Aira menjadi hak milik orang lain.
Apabila Haider melihat lelaki itu bersama Aira, hatinya berasa panas. Dia benci melihat lelaki itu cuba mendapatkan Aira. Dia bimbang Aira akan jatuh cinta kepadanya. Tambahan pula sekarang Aira langsung tidak mengendahkan Haider, itu lagi membuatkan Haider rasa resah kerana dia takkan mampu menghalang Aira dari berjumpa dengan lelaki itu. Dia takut dengan kemungkinan yang Aira akan jatuh cinta kepada lelaki itu.
Oleh kerana itu, Haider sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan Aira semula. Dia mahu memenangi hati Aira. Dia mahu Aira terima permohonan maafnya. Dia mahu memiliki Aira. Dia mahu mereka mulakan semula dan buang semua perkara lalu yang keruh antara mereka. Dia mahu mereka bersama. Dia mahu Aira memiliki hatinya.
Tetapi Haider masih tidak tahu mahu bermula dari mana, kerana sudah lama dia tidak melakukan perkara seperti ini. Sudah lama dia tidak membuka hatinya kepada orang lain sejak peristiwa lamanya. Oleh itu, dia telah meminta tolong Akmal untuk membantunya.
Haider tidak memberitahu Akmal apa-apa tentang Aira. Dia hanya memberitahu rancangannya kepada Akmal dan meminta Akmal merealisasikan rancangan Haider itu kepada realiti. Haider sudah lama tidak melakukan perkara seperti ini, dan dia tidak boleh melakukannya seorang diri. Dia memerlukan bantuan Akmal kerana dia amat pakar dalam hal sebegini.
YOU ARE READING
Dalam Lamunan Kita
RomanceSatu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' buk...