Bab 41

4.6K 293 18
                                    

Keesokan harinya

Subuh sudahpun menjelang dan Aira baru sahaja tiba di kompleks apartmennya selepas berjam-jam dia berada di rumah keluarganya bersama Sarah dan Farhan. Aira tidak langsung tidur sejak dari waktu dia keluar dari apartmennya untuk mencari bukti pada petang semalam. Aira telah menghabiskan keseluruhan masanya bersama dengan Sarah dan Farhan di sana. Keseluruhan malam mereka bertiga dihabiskan dengan perbualan dan penjelasan antara satu sama lain tentang perkara-perkara yang bakal berlaku.

Aira bersama dengan Sarah dan Farhan telah sebulat suara bersetuju untuk menjalankan rancangan mereka yang ingin memerangkap Zain itu pada hari esok. Mereka sepanjang malam semalam sudah bekerjasama memberikan idea-idea yang bernas dan membina susun atur perancangan mereka yang akan direalisasikan pada hari esok. Farhan telah memberikan penerangan yang amat jelas tentang perancangan itu kepada mereka berdua sebaik sahaja perbincangan mereka itu selesai.

Dari keterangan Farhan itu, rancangan mereka yang ingin memerangkap Zain itu akan dijalankan di taman yang berada di hadapan rumah Sarah. Mereka bertiga bersetuju memilih lokasi itu kerana ia akan memudahkan penyembunyian pihak polis yang ingin menangkap Zain ketika itu.

Rancangan itu akan dimulakan dengan Aira yang akan berlakon seperti ingin membuat perjumpaan dengan Sarah dan Zain di taman itu. Aira ketika itu akan berlakon seperti dia ingin meluahkan tentang bungkusan yang dia terima di apartmennya itu. Mereka bertiga akan bertemu di sana dan Aira akan berlakon membongkarkan tentang gambar-gambar yang dia dapat itu kepada Zain. Aira akan berlakon seperti dia mempercayai semua gambar itu dan bersedih kepada Zain.

Sarah juga akan membantu Aira dalam lakonannya ketika itu nanti. Sarah juga akan berlakon yang dia mempercayai perbuatan jahat Haider itu dan berlakon untuk membenci Haider. Mereka berdua akan memanipulasikan Zain dengan lakonan mereka dan membuatkan seperti Zain tidak langsung bersalah. Mereka akan membuatkan Zain merasakan yang rancangannya yang ingin memusnahkan kebahagiaan Aira dan Haider itu berjaya. Mereka akan menipu Zain sehinggakan Zain tidak akan merasakan sedikit kecurigaan pun kepada mereka berdua.

Sepanjang rancangan itu berlangsung, Farhan bersama dengan pihak polis yang terlibat akan menyorok di dalam rumah Sarah dan akan menunggu masa mereka untuk mula menangkap Zain. Satu petanda akan ditunjukkan kepada Farhan dan yang lain sebaik sahaja waktu penangkapan itu ingin dimulakan. Sarah yang akan memberikan petanda itu kepada Farhan. Apabila Zain sudah mula tidak menumpukan keseluruhan tumpuannya kepada persekitarannya kerana terlalu menumpukan perhatiannya kepada Aira nanti, Sarah akan mengambil peluang itu untuk pergi masuk ke dalam rumahnya dan mengarahkan Farhan untuk memulakan fasa penangkapan Zain itu. Pada waktu itulah, Farhan akan menjalankan tugasnya dan menangkap Zain.

Itulah susunan perancangan yang mereka telah bersama-sama aturkan sepanjang malam. Selepas mereka selesai mengaturkan permainan mereka itu, Aira telah menyerahkan kesemua bahan bukti yang dia jumpai di bilik Husna itu kepada Farhan. Farhan yang akan menyerahkan bukti-bukti itu kepada pihak berkuasa dan menjadikan ia sebagai bahan kukuh yang akan membuka kes Zain itu ke mahkahmah. Bukti-bukti itu akan ditambah dan digunakan ke atas kes jenayah Zain yang telah pun sedia ada. Bukti- bukti itu nanti akan membantu untuk menambahkan lagi hukuman-hukuman yang akan dijautuhkan ke atas Zain oleh pihak mahkahmah kelak.

Aira sungguh tidak sabar untuk hari esok tiba dan menjalankan semua rancangan mereka itu dengan jayanya. Dia tidak sabar untuk Zain ditangkap dan dipenjarakan. Dia tidak ingin langsung melihat kewujudan Zain di dalam hidupnya lagi. Segala yang Zain telah lakukan amat tidak boleh dimaafkan. Segala perbuatan dan tindakan Zain yang mahu menakluki Aira dan menghancurkan kebahagiaan Haider itu amat melampaui batas. Aira tidak langsung merasakan yang Zain layak untuk mendapat kebebasan setelah apa yang telah dia lakukan sepanjang hidupnya dan apa yang telah dia lakukan terhadap Aira dan Haider.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now