Bab 8

6.3K 437 30
                                    

"Morning!" Aira menyapa Haider yang sedang berjalan keluar dari lobi apartmennya.

"Morning." Haider membalas dengan senyuman.

Sudah seminggu berlalu dan mereka berdua sering bertembung setiap pagi untuk ke tempat kerja. Haider tidaklah keluar dari apartmennya ikut masa, kadang-kadang dia awal, kadang-kadang lambat atau sangat lambat, tetapi dia pasti akan terserempak dengan Aira. Setiap hari, mereka mesti akan bertembung.

Haider memikirkan mungkin itu hanya kebetulan. Mungkin sebelum ini, dia selalu sahaja bertembung dengan Aira cuma dia yang tidak perasan kerana mereka tidak berkenalan.

"Nah." Aira menghulurkan termos berwarna putih kepada Haider.

Haider mengambil termos itu dengan senyuman. "Jap, saya teka...teh chamomile?" Haider menyakat.

Setiap hari Aira akan membekalkan Haider teh chamomile untuk dia bawa ke pejabat. Pada mulanya, Haider menolak pemberian Aira itu kerana dia tidak mahu menyusahkan Aira. Tetapi Aira mengatakan yang dia memang akan membuat teh chamomile setiap pagi dan menjadikan ia sebagai bekalan harian. Oleh kerana Aira selalu membuat teh itu berlebihan, dia bercadang untuk membekalkan untuk Haider juga.

"Ish.." Aira tersengih dengan gurauan Haider itu.

"Thank you, susah-susah jelah awak ni."

Haider membuka termos itu dan merapatkan ke hidungnya. Dia menghidu aroma teh itu. Aromanya sangat wangi dan menenangkan.

Sekali lagi, Haider merasakan sesuatu yang hangat dan menenangkan di dalam dirinya.

"You're welcome." Aira senyum. "Oklah, kereta saya kat situ, saya pergi dulu. Hati-hati drive. Do your best at work today!" Aira melambai Haider dan pergi jalan ke keretanya.

Haider melambai kembali dan pergi membawa termos bersamanya ke pejabat.

Sebaik sahaja Haider sampai ke pejabat, dia pergi ke pantri dan menuang teh yang Aira berikan itu ke dalam cawan. Haider membawa cawan dan termos itu ke mejanya dan duduk. Teh itu masih panas, Haider meniup teh itu beberapa kali untuk mengurangkan kehangatannya. Dia minum perlahan-lahan.

Kemanisan yang dirasai dan aroma yang dihidu itu meringankan kepala Haider yang berat itu. Badan Haider terasa segar. Haider dapat merasakan dirinya sedikit bertenaga dari sebelum ini.

Selepas dia selesai menghabiskan minuman di dalam cawan itu, Haider pun bersiap untuk ke tapak pembinaan di tadika itu.

Haider memandu keretanya ke sana. Seperti biasa, dia parkir di bahu jalan. Dia melintas sambil memegang alatan dan pelan yang diperlukan. Dia memerhatikan tadika itu sepanjang dia berjalan. Dia dapat melihat Aira sedang mengajar di dalam tadika itu. Aira tidak perasan Haider yang berada di luar. Dia sangat fokus mengajar kanak-kanak itu abjad-abjad pada papan putih.

Haider tersenyum sendiri melihat Aira yang sedang bersungguh mengajar itu. Dia meneruskan langkahnya ke tapak dan meneruskan tugasnya seperti biasa.

Beberapa jam sudah berlalu dan Haider seorang sahaja yang masih berada di tingkat atas untuk meneliti dan menyemak pelan yang asal dengan pelan yang baru dia ubah mengikut kesesuaian yang pihak atasan sudah tentukan.

Encik Din dan rakan setugasnya yang lain sudah berada di bawah untuk menyelesaikan tugas yang lain.

Haider memakai pelitup muka sepanjang dia berada di situ. Cuaca pada hari ini lebih panas berbanding hari yang lain. Haider berpeluh dengan banyak. Tenaga badannya hampir habis. Dia merasa sangat letih. Kepalanya pun sudah mulai pening. Haider tidak larat untuk meneruskan tugasnya tapi dia memaksa dirinya.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now