Bab 24

5K 321 9
                                    

Lima Tahun Yang Lepas (Sehari sebelum kejadian)

"Jomlah, jomlah, jomlah.." Aira mengoncang-goncang peha kakaknya tanpa henti.

Kakaknya sedang berbaring di atas katil dan menyelubung kepalanya dengan selimut.

"Ish, aku malaslah Aira, aku penat.."  Kakak Aira merungut. Dia menolak Aira yang sedang duduk di atas katil itu dengan kakinya.

Aira menepis kaki kakaknya yang sedang menolak bahunya itu."Aku tak pernah lagi pergi birthday party sesiapa! JOMLAHHHH! Husnaaaa!" Aira masih memujuk kakaknya itu.

Aira telah mendapat jemputan ke parti hari lahir salah seorang rakannya yang dia kenal di universiti tempatnya belajar. Parti itu akan diadakan pada malam ini di rumah kawannya itu.

Ini kali pertama Aira dijemput ke parti hari lahir. Selama ini, Aira tidak pernah lagi mempunyai kawan yang membuat parti sebesar ini hanya untuk raikan hari lahir mereka. Selalunya, mereka hanya akan raikan bersama keluarga sendiri secara kecilan. Oleh kerana kawan Aira  yang menjemputnya itu dilahirkan di dalam keluarga yang kaya, dia memang membuat parti hari lahirnya setiap tahun dan raikan bersama keluarga dan rakan-rakannya secara besar-besaran.

Oleh sebab itulah Aira berkali ganda lebih terdesak untuk datang ke parti itu kerana dia tahu parti itu pasti akan menjadi sangat meriah. Dia teruja untuk meraikan parti itu bersama rakan-rakannya dan berkenalan dengan orang baharu di sana.

Tetapi, emak dan ayah Aira tidak membenarkan Aira pergi sendirian ke sana kerana rumah kawannya itu terletak jauh dari tempat tinggal mereka. Selain itu, Aira juga masih baru dalam dunia luar. Dia baru sahaja menyambungkan pelajarannya ke universiti enam bulan yang lalu dan dia masih lagi belajar untuk berjinak-jinak dengan dunia luar. Dia masih tidak dapat kepercayaan sepenuhnya dari emak dan ayahnya untuk menghadiri parti itu sendirian.

Emak dan ayah Aira membenarkan Aira untuk pergi ke parti kawannya itu dengan satu syarat. Syaratnya ialah dia perlu membawa Husna bersamanya untuk menemani dan mengawalnya sepanjang dia berada di sana. Husna juga mengenali dan berkawan dengan kawan Aira itu, jadi ia akan menjadi lebih mudah kerana Husna juga boleh bergembira.

Parti itu pun akan dikunjungi dengan pelbagai peringkat umur. Kawan Aira itu mempunyai ramai kawan dari pelbagai kelompok umur. Dia telah menjemput kesemua rakan-rakannya dari setiap kelompok itu. Jadi, Aira tidak risau kerana Husna pasti akan berjumpa dengan rakannya di sana.

"Aku nak tidur...aku penat.." Husna menolak pelawaan Aira itu.

Aira merengus. Dia menyilangkan tangannya. "Kau tak penat, aku tau kau gaduh dengan boyfriend kau, sebab tu kau moody je..kan?"

Husna melemparkan selimut dari kepalanya dan dia melihat Aira.

"Macam mana kau tahu?"

Aira menjeling. "Dah 19 tahun aku hidup dengan kau, I know everything."

Aira tiba-tiba mendapat satu idea di dalam kepalanya pada waktu itu.

"Aku rasa dia datang parti tu, dia kan member dengan kawan aku tu, kau tau kan?" Aira senyum. Dia yakin ideanya ini akan berjaya.

Husna terus memandang ke siling dan berfikir sejenak.

"Kau boleh jumpa dia, mana tahu maybe parti ni will help you both stop fighting?" Aira menghasut Husna.

Husna mengecilkan matanya apabila mendengar kata-kata Aira itu. Dia semakin panjang berfikir. Dia seakan termakan dengan hasutan Aira itu.

"Alright!" Husna bangun dari posisi duduknya.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now