Bab 39

4.5K 321 25
                                    

2 hari sebelum itu

*TUP*

Pintu apartmen di belakang Aira tertutup sebaik sahaja dia melangkah keluar. Tangisan Haider yang sebentar tadi Aira dengar, dengan serta-merta senyap apabila pintu itu tertutup. Dia kini hanya dengari bunyi tangisannya sendiri pada waktu itu. Aira meneruskan berjalan dan tidak langsung menoleh ke belakang walaupun sekali. Dia tidak teragak-agak dengan tindakannya. Aira ketika itu sudahpun nekad dengan keputusan yang dia telah buat pada masa itu. Dia ketika itu berdiri teguh dengan pendiriannya tanpa ada sebarang penyesalan. Aira cekal untuk menjalankan rancangan yang dia sudah buat keputusan untuk lakukan pada saat itu.

"I'm sorry Haider, but this is for us." Aira berbisik sendiri sambil dia berjalan.

Aira keluar dari apartmen itu bukanlah kerana dia meninggalkan Haider. Dia bukan pergi disebabkan dia mahu lari atau berjauhan daripada Haider. Dia juga bukanlah pergi disebabkan dia marah dan benci akan Haider. Dia tidak langsung berkeinginan untuk melakukan semua perkara itu. Tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk cuba membuang Haider dari hidupnya.

Aira pergi kerana dia mahu mencari bukti. Aira pergi kerana dia mahu mencari kebenaran dalam hal yang dia sedang hadapi ketika itu. Aira ingin mendapatkan jawapan untuk persoalan yang masih tergantung di dalam fikirannya. Dia telah membuat keputusan untuk mencari penyelesaian kepada situasi yang dia dan Haider sedang berdepan sekarang.

Aira tidak mahu bertindak melulu dan membuat persepsi yang negatif ke atas semua perkara yang baru sahaja dia saksikan sebentar tadi. Dia tidak mahu mengikut perasaan dan bertindak secara tidak rasional dengan apa yang dia dapat di dalam bungkusan itu. Dia tidak mahu membuat sangkaan yang tidak benar dari apa yang dia lihat pada gambar-gambar itu. Kepingan-kepingan gambar yang dihantarkan kepada dia itu tidak akan pernah menjadikan Aira bertukar anggapan terhadap Haider.

Aira sentiasa mempercayai Haider.

Walaupun pada awalnya, kepercayaan Aira sedikit rapuh apabila matanya melihat kepada wajah Haider yang jelas dalam gambar-gambar itu, tetapi Aira tetap tidak membiarkan perasaannya menggaburi logik akalnya ketika itu. Aira pada mulanya hampir gagal untuk berfikiran waras apabila kemarahan dan kesedihan melanda dirinya. Dua perkara itu hampir membutakan Aira untuk betindak wajar tetapi Aira berjaya menahan dirinya daripada membuat sebarang kesimpulan yang terburu-buru dan salah.

Kepercayaan Aira kepada Haider yang teguh itulah yang membuatkan Aira berjaya dari menjadi taksub dengan perkara yang tidak mungkin benar. Apabila Aira mendengar kata-kata Haider, dia terus percaya yang Haider tidak melakukan semua itu. Firasat Aira terus kuat mengatakan yang Haider dituduh secara palsu. Aira yakin yang Haider hanya mangsa keadaan yang digunakan oleh seseorang. Apabila Aira menyaksikan Haider sedaya-upaya mengatakan yang dia tidak melakukan semua itu, firasat yang Aira rasakan semakin kuat. Daripada apa yang Aira lihat dengan tindakan Haider, Aira tahu yang semua ini hanya perangkap yang dibuat oleh seseorang untuk cuba menghancurkan kebahagiaan mereka berdua.

Dan sekarang, Aira akan mencari dalang yang cuba untuk merobohkan hubungan mereka berdua itu.

***

Aira mematikan enjin keretanya sebaik sahaja dia memandu masuk ke dalam halaman rumah mak dan ayahnya. Dia tanpa berlengah terus keluar dari kereta itu dan berlari menuju ke pintu masuk rumahnya. Apabila dia menjejakkan kaki di hadapan pintu itu, Aira dengan segera mengeluarkan kunci dari dalam beg tangannya dan membuka pintu rumahnya itu.

Mak dan ayah Aira sekarang tidak berada di situ untuk beberapa hari kerana mereka telah pun pergi berkunjung ke tempat lain untuk melawat kawan mereka yang sedang sakit di hospital. Jadi, Aira akan bersendirian sepanjang masa dia di sini. Aira sungguh lega tanpa keberadaan keluarganya di situ kerana dia tidak mahu mereka mengetahui apa-apa tentang masalah yang dia sedang hadapi sekarang. Dia tidak mahu melibatkan mereka ke dalam situasi yang dia dan Haider sedang alami. Tanpa mereka di situ, ia lebih memudahkan Aira untuk menjalankan rancangannya.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now