Bab 26

5.4K 368 10
                                    

"That's..my story."

Aira menghelakan nafas yang panjang dalam keadaan dia menutup matanya. Dia menunduk ke bawah dan kedua tangannya yang diletakkan di pehanya digenggam erat. Wajah Aira kelihatan sedih dan lega pada masa yang sama.

Dia kemudian memaling ke arah Haider yang masih kaku dalam posisinya itu.

"Sa..saya..." Haider tergagap.

Haider tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Dia amat terkejut apabila mendengar kisah tragis Aira itu. Dia tergamam dengan setiap perkara yang Aira ceritakan kepadanya. Haider yakin yang dia tidak langsung berkelip sepanjang waktu penceritaan Aira itu. Haider tidak rasa yang dia bernafas dengan betul sepanjang waktu itu.

Dia tidak sangka yang Aira telah melalui dua perkara yang menggerunkan dalam satu masa. Dia tidak sangka yang Aira pernah menjadi mangsa serangan seksual dan Aira juga telah menjadi orang pertama yang melihat keadaan kakaknya yang meninggal dalam keadaan yang memilukan itu.

Umur Aira pada waktu itu masih sangat muda dan dia telah pun melalui ujian yang sangat besar dalam hidupnya. Haider tidak boleh membayangkan apa yang Aira lalui seorang diri. Cabaran yang dia tempuhi ternyata lebih dashyat berbanding cabaran-cabaran yang Haider pernah lalui.

Haider tidak boleh bayangkan betapa traumanya Aira pada waktu itu. Aira yang masih lagi trauma dengan kejadian serangan seksual yang berlaku kepada dirinya itu terus ditimpa dengan kematian mengejut kakaknya yang memerihkan itu pada hari berikutnya. Trauma yang Aira rasakan semestinya bertambah berkali ganda apabila dia sendiri yang menjumpai kakaknya yang sudah pun meninggal dunia di dalam tab mandi itu.

Haider tidak boleh membayangkan betapa gerunnya Aira ketika dia menjumpai kakaknya itu. Dia tidak boleh bayang betapa takutnya Aira ketika itu melihat keadaan kakaknya yang begitu memilukan. Dia tidak boleh bayangkan betapa terkejutnya Aira ketika itu. Aira sudah semestinya tidak pernah terfikir dengan tindakan kakaknya itu. Tidak mungkin pernah terlintas di dalam fikiran Aira membuat spekulasi yang kakaknya akan membunuh diri. Haider tidak boleh bayang betapa sedihnya Aira ketika itu. Haider tidak boleh bayang apa yang Aira dan keluarganya harungi sepanjang waktu itu.

"My family and I were struggling really hard during the first couple of years. Kami betul-betul at our lowest. It's...bad..teruk sangat..." Aira mengeluh perlahan.

"Every single one of us suffered in agony...My mom masuk hospital many times...my dad quit his job for awhile...and I was completely lost.....with life....there were so many cabaran yang my family and I have to face..."

"Orang kiri kanan start bercakap, spread rumours...all different kind of rumours...kami sekeluarga yang masih tanggung dengan keperitan kehilangan Husna became worst overtime...."

"When I saw my dad and my mom trying to ignore semua benda and try berlakon kuat depan saya....I terus hit rock bottom...I terus blame diri sendiri...I started to put blame on myself on everything that happened.."

"I didn't forgive myself...I was beating myself up...I was in a really..really in a bad condition...it was like a turning point for me...hidup saya hancur...I was traumatize...I don't even know how to describe to you how was I during those times."

"Kehidupan harian saya berubah 360....I got nightmares everyday...I started to have phobia dengan bilik air untuk masa yang lama......saya tak bercakap for months...saya tak makan..saya tak tidur...saya tak pernah keluar dari bilik saya berbulan....saya cut contacts dengan everyone...and I ended up stopped going to uni for awhile..."

Aira menutup matanya sambil menggelengkan kepalanya. Dia seperti tidak mahu mengingati perkara-perkara yang dia telah lalui dahulu. Dia seperti tidak mahu ingat dengan dirinya yang menderita itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now