Bab Akhir (II)

8.1K 389 95
                                    

Aira tergamam apabila dia lihat ruang tamunya dihias penuh dengan belon yang tergantung dan kelopak-kelopak bunga ros putih tersusun seperti laluan di hadapannya. Terdapat juga lilin-lilin kecil disusun dengan cantik pada laluan di mana kelopak ros putih itu berada. Ruang apartmen mereka ketika itu semerbak dengan haruman wangi bunga.

Aira yang masih terkejut dengan kejutan itu tanpa berlengah terus mengikuti jejak kelopak bunga yang tersusun itu. Sebaik sahaja dia sampai ke pengakhiran jejak itu, dia terus nampak perkataan belon yang besar tertulis 'Happy D-Day' digantungkan di tengah ruang tamu mereka itu. Keseluruhan ruang itu dipenuhi dengan hiasan yang berkelipan dan belon-belon yang banyak. Aira dapat melihat dengan jelas beberapa jambangan ros putih terletak di situ. Aira juga nampak beberapa hidangan makanan dan sebiji kek tersusun di atas meja kaca yang berada di tempat itu.

"Wh..what.." Aira ketika itu terus memusingkan badannya ke belakang. Dia serta-merta menghadap ke Haider. Haider ketika itu sudahpun berada beberapa langkah di belakangnya dan Haider sudah lama memerhatikan Aira dengan senyuman.

"My love, Aira."

Aira yang ketika mana mendengar suara Haider buat kali pertamanya setelah seharian tidak mendengarinya dengan serta-merta menangis ketika itu. Air mata Aira pada saat itu mula berjujuran perlahan-lahan.

"These past two months have been so tough for you, but you sentiasa manage untuk kuat dan bertahan setiap masa. You're so strong, Aira. You're incredible."

"The amount of stress and anxiety yang you tempuh, the constant fear that you have tak langsung effect awak. You always been so strong and it was all worth it, because now, semua tu finally ended."

"It's over now."

"You made it, Aira. You're now finally free from your nightmare. I'm so so proud of you." Haider dengan nada lembut berkata.

Haider ketika itu terus menuju kepada Aira dan memberikan Aira pelukan yang sangat erat. Dia melilitkan lengannya pada badan Aira dengan lembut dan mengusap belakang kepala Aira perlahan.

Aira ketika itu terus menangis dalam keadaan terharu apabila mendengar kata-kata semangat yang Haider berikan itu. Kesedihan yang Aira rasakan sebelum ini terus hilang dengan serta-merta.

"Say...saya ingat awak dah tak nak cakap...dengan saya...kenapa..kenapa awak langsung tak..nak cakap..sepanjang hari ni.."

Aira tersedu-sedu dalam pelukan Haider itu. Dia menimbuskan mukanya pada dada Haider dan lengannya terus dililit pada pinggang Haider ketika itu.

Haider mengucup kepala Aira. "I didn't speak for the whole day today bukannya disebabkan saya tak nak bercakap dengan awak. Saya bukan sengaja tak cakap untuk sakitkan hati awak, no. It was never my intention to hurt you."

"Saya tahan diri saya dari bercakap seharian is because I was waiting for this moment to come. I wanted to suprise you with all of this and..."

"I wanted my first words to be dedicated to you."

Aira terus mendongak kepada Haider dan wajah mereka ketika itu hanya selang beberapa inci. Mereka bertentangan mata dan Haider mengukirkan senyumannya yang lembut kepada Aira.

"I wanted 'My Love, Aira' to be perkataan pertama yang saya ucapkan dari mulut saya hari ini."

"I want to make everything about you."

"I promised myself that today, setiap kata-kata yang saya keluarkan will all be about you. Only you."

"I want my first words and my last words for today to be dedicated to you and nothing else."

"That's why saya langsung tak bercakap sepanjang hari ni."

Air mata Aira ketika itu semakin banyak meleleh keluar dari matanya. Hatinya cair apabila dia mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Haider. Aira sungguh terharu dengan luahan Haider itu. Dia tidak sangka yang Haider berniat untuk melakukan semua itu untuknya.

Dalam Lamunan KitaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ