Bab 10

6.5K 457 45
                                    

POV: HUMAIRA AQSA

Aira melihat pesanan teks dari Haider yang baru sahaja dia dapat sebentar tadi.

Aira melihat pesanan teks dari Haider yang baru sahaja dia dapat sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira tidak sabar untuk bertemu Haider. Dia sangat merindui Haider, sudah dua hari dia tidak melihat Haider. Dia ingin tahu bagaimana keadaan Haider sekarang.

Dia merindui suara Haider. Dia merindui wajah Haider. Dia merindui masanya bersama Haider.

Aira menunggu Haider di taman yang terletak di kawasan apartmennya itu. Dia duduk di atas bangku panjang yang menghadap ke arah taman permainan di situ.

Dia asyik melihat pesanan teks yang Haider hantar itu setiap masa. Dia sangat teruja untuk berjumpa dengan Haider.

"Aira.."

Aira segera menoleh ke belakang apabila dia mendengar suara Haider. Dia bangun dari bangku itu dan berdiri menghadap Haider. Senyuman Aira terus menjadi lebar.

Haider melihat Aira dari atas ke bawah. Dia melihat kaki Aira yang masih berbalut itu. Ekspresi Haider tidak dapat dibaca. Matanya masih melihat kaki Aira itu. Dia kemudian mengeluh dan datang berjalan mendekati Aira.

Haider duduk di bangku panjang itu. Dia bersandar ke depan dengan meletakkan kedua sikunya di pehanya dan menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

Aira duduk di sebelah Haider. Dia menggigit bibirnya.

Aira rasa yang mungkin Haider amat merisaukannya. Mesti dia terkejut melihat keadaan Aira sebegini.

"Haider..saya okey..awak jangan risau..." Aira berkata dengan lembut.

Dia tidak mampu melihat Haider sedih. Ia menyakitkan hati Aira.

Haider memandang Aira. Sebelah tangannya masih menutupi sebahagian mukannya. Mukanya berkerut. Haider mengeluh dan meramas rambutnya dengan kedua tangannya.

"Haider.." Aira bimbang dengan kelakuan Haider itu.

"Macam mana keadaan awak? Awak dah okey?" Aira bertanya.

Dia sangat merisaukan Haider sepanjang dua hari mereka tidak berjumpa. Dia tidak berhenti memikirkan Haider sepanjang masa.

"Saya tak okey.." Haider menjawab. Dia langsung tidak memandang Aira.

Aira memandang Haider dengan penuh kebimbangan.

"Kenapa awak tak—"

"Sejak bila?" Haider memotong ayat Aira itu.

"Hah?" Aira tidak faham dengan apa yang Haider katakan itu.

Haider akhirnya berpaling kepada Aira.

"Sejak bila awak tahu saya macam ni.." Muka Haider serius. Dia kelihatan marah.

"Apa yang awak cakap ni..."

Aira masih tidak faham. Dia pelik dengan kelakuan Haider ini. Dia sedikit takut melihat Haider yang sedang marah itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now