Bab 31

5.1K 353 29
                                    

Aira yang sedang memegang telefonnya sambil dia duduk di sofa yang terletak di ruang tamu itu secara sembunyi memaling ke arah bilik tidur mereka yang berada di hadapannya itu.

Pintu masih tertutup.

Aira melihat waktu pada skrin telefonnya dan sudah lebih sejam berlalu tetapi Haider masih tidak keluar dari dalam bilik itu. Dia masih mengurungkan dirinya di dalam sana.

Sejak dari waktu mereka berdua menyakat satu sama lain di dalam bilik itu, perangai Haider terus berubah. Sebaik sahaja Haider keluar dari bilik itu selepas dia berjaya menyakat Aira, Haider terus tidak bercakap dengan Aira.

Aira masih ingat, selepas Haider keluar, dia terpaku dalam posisi baringnya untuk masa yang lama kerana dia terlampau terkejut dan terlalu gementar dengan tindakan Haider itu. Dia sangat malu ketika itu. Dia tergamam dengan gurauan Haider itu. Dia berdebar apabila melihat Haider yang seksi dan tidak berbaju itu.

Aira ketika itu menjadi terlampau malu untuk berdepan dengan Haider. Debaran yang dia rasakan mungkin akan menjadi lebih teruk jika dia keluar dari bilik itu ketika itu juga. Jadi Aira membuat keputusan untuk duduk di dalam bilik itu selama sepuluh minit dan cuba menenangkan dirinya yang masih gementar dan malu itu.

Aira sepanjang masa mangipas-ngipas wajahnya dengan tangannya. Dia cuba untuk mengurangkan kemerahan yang terkumpul di pipinya itu. Dia tidak mahu Haider perasan yang pipinya masih merah ketika dia keluar dari bilik itu nanti. Aira juga membuat senaman nafas untuk beberapa minit. Dia cuba mengembalikan ritma nafasnya yang sekata itu.

Apabila dia sudah mula tenang dan bersedia untuk berdepan dengan Haider semula, Aira pun keluar dari bilik itu. Dia nampak Haider yang masih tidak berbaju itu sedang mengeluarkan pakaian-pakaian dari dalam bagasinya di ruang tamu. Aira sekali lagi tergoda apabila melihat Haider ketika itu.

Aira cuba bertenang dan dia pun ketika itu menghampiri Haider untuk memberikan pertolongan sambil dia cuba untuk bermesra dengan Haider.

Tetapi sebaik sahaja dia sampai di sebelah Haider, Haider terus berjalan pergi dari Aira dengan pakaian-pakaian pada tangannya. Dia tidak langsung memandang Aira dan riak wajahnya juga masam dan muram. Dia terus masuk ke dalam bilik tidur mereka itu dan terus tidak keluar.

Haider tidak keluar sehinggalah sekarang.

Aira tidak tahu mengapa Haider secara tiba-tiba menjauhkan diri darinya. Dia tertanya-tanya dengan tindakan Haider itu. Aira sangat keliru dengan keadaan mereka sekarang. Dia tidak tahu punca kenapa tingkah laku Haider tiba-tiba berubah.

Haider sangatlah mesra dengan Aira sepanjang masa sebelum ini dan perubahan yang drastik dengan tingkah laku Haider yang tiba-tiba itu sangat merunsingkan Aira. Aira sudah penat memikirkan kesilapan yang mungkin dia lakukan kepada Haider yang membuatkan Haider berkelakuan sebegini tetapi dia tidak langsung jumpa penyelesaiannya. Aira yakin yang dia tidak membuat sebarang kesalahan terhadap Haider.

*Tuk*

Aira kembali ke realiti dari mengelamun apabila dia mendengar tombol pintu bilik itu berbunyi.

Aira dengan segera memaling ke pintu itu dan dia nampak pintu itu dibuka dan Haider melangkah keluar dari bilik itu. Haider yang tidak berpakaian dan hanya bersarungkan seluar pendek itu pergi berjalan menuju ke ruang kolam yang tersedia di dalam bilik hotel mereka itu. Sepanjang waktu dia berjalan itu, dia langsung tidak memaling ke arah Aira yang sedang memandangnya itu.

Aira nampak tuala yang disangkutkan di bahu Haider itu dan Aira terus tahu yang Haider sekarang mahu menghabiskan masanya berenang di dalam kolam yang berada di bilik hotel mereka itu.

Apabila dia nampak Haider masuk ke dalam ruang kolam itu, Aira tanpa berlengah terus masuk ke dalam bilik tidur mereka dan menukar pakaiannya. Dia membuat keputusan untuk sertai Haider. Dia mahu menyelesaikan masalah mereka yang tergantung tidak bertali itu. Dia tidak mahu mereka bergaduh sepanjang waktu mereka berbulan madu ini.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now