Bab 17

5.3K 395 34
                                    

POV: HUMAIRA AQSA

DAY 4

*Kringg!* *Kringg!*

Aira mencapai telefonnya dan menutup penggera yang berbunyi pada telefonnya itu. Dia meletakkan telefon itu ke tepi katil dan menggosok-gosok matanya sehingga dia sedar sepenuhnya. Dia menggeliat untuk beberapa saat dan terus bangun dari katilnya.

Aira mengurut-ngurut tengkuknya sepanjang dia berjalan keluar dari biliknya.

Senyumannya terukir pada wajahnya apabila dia melihat bunga-bunga di dalam pasu jernih yang berada di atas meja kaca yang terletak di antara sofa dan televisionnya itu.

Aira duduk di sofa itu dan tersenyum sambil teringat akan memorinya dua hari yang lepas.

.

"Terima kasih." Aira berkata kepada penghantar bunga itu.

Setelah dua orang penghantar bunga itu telah pergi, meninggalkan Aira dengan bunga-bunga yang terlampau banyak di ruang tamunya itu, Aira segera mencapai telefonnya yang berada di dalam poketnya.

Dia menelefon Zain dengan pantas.

"Hello?" Aira berkata sebaik sahaja panggilan itu dijawab.

"How's the flower?" Suara Zain kedengaran ceria.

"Zain, apa ni? banyak sangat ni! This is too much...I don't need this, at all." Aira meletakkan tapak tangan pada dahinya sambil melihat keadaan ruang tamunya yang penuh itu.

"Please, Aira. Accept it."

"Bu..but..." Aira masih bingung dengan keadaan itu.

"You jugak yang cakap dekat I suruh shoot my shot, and I did. I shoot my shot." Zain berkata.

"But...I don't know..."

"Well, you know now." Zain ketawa kecil.

Aira terkejut dengan pengakuan Zain itu.

Dia terkedu dengan apa yang Zain baru sahaja katakan. Dia tidak sangka yang Zain mempunyai perasaan terhadapnya. Aira tidak tahu perempuan yang Zain telah suka sejak sekian lama itu adalah dia.

"Zain..." Aira masih terkejut.

"Alright, alright. Keep some of it, and give some to others." Zain ketawa. "I'll see you soon, goodbye, Aira."

"Jap! Zain..Za—"

Zain mematikan talian dan Aira tidak sempat untuk berkata apa-apa.

Aira yang masih keliru dan bingung itu hanya mampu mengeluh perlahan dan terus pergi berjalan untuk menutup pintu apartmennya. Pintu itu masih lagi terbuka luas kerana Aira telah menahannya dengan penahan pintu.

Semasa Aira hendak mencapai pemegang pintunya, dia ternampak sejambak bunga yang tersandar pada pintunya itu.

"Diorang lupa nak masukkan ni dekat dalam ke?"

Aira pelik kerana jambangan bunga itu tidak seperti yang lain. Bunganya kesemua berwarna putih dan jambangan itu sendiri bertema putih.

Aira melihat jambangan itu dan dia ternampak kad kecil terselit di antara bunga-bunga di dalamnya.

Aira menutup pintu apartmennya dengan jambangan bunga itu dalam dakapannya.

Dia menolak kotak-kotak bunga ros yang menghalang jalannya itu dengan kaki dan bergerak ke sofa.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now