Bab 38

4.2K 344 206
                                    

3 hari selepas itu

"Sabar, Aira...shhhh...it's okay...cuba bagitau aku what happened?....." Sarah mengusap belakang Aira perlahan sambil dia cuba untuk menenangkan Aira yang sedang menangis itu.

"I can't believe yang dia buat semua tu, aku tak sangka dia punca semua ni jadi!" Aira mengelap-ngelap air matanya yang meleleh di pipinya itu dengan tapak tangannya.

"Hey—WHAT'S GOING ON?"

Aira dan Sarah dengan serentak berpaling ke arah suara yang berada di tepi mereka itu. Mereka berdua nampak Zain sedang berdiri kaku sambil dia melihat Aira yang sedang menangis itu. Zain yang kelihatan terkejut dan bimbang itu tanpa berlengah terus berlari mendekati mereka dan duduk di sebelah Aira.

Mereka bertiga sekarang berada di sebuah taman yang terletak berhadapan dengan rumah Sarah. Mereka ketika itu sedang duduk di bawah gazebo yang terbina di taman itu. Aira telah pun datang ke rumah Sarah beberapa jam yang lalu dan dia telah bercadang untuk berjumpa dengan Sarah dan Zain di sini.

"Sorry I'm late...hei, kenapa ni?" Zain memandang Aira dengan penuh kerisauan dan dia segera berpaling kepada Sarah dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.

Sarah berdiam diri dan hanya mengangkat kedua bahunya perlahan kepada Zain sebelum dia berpaling semula kepada Aira yang masih menangis itu.

"There's something I need to..tell you guys." Aira mengesat hidungnya yang berair itu dengan tisu yang baru diberikan oleh Sarah sebentar tadi.

"I'm listening..." Zain tidak langsung mengalihkan pandangannya daripada Aira. Dia menghadapkan keseluruhan badannya kepada Aira untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dia.

Sarah ketika itu pun terus merapatkan badannya kepada Aira dan mula fokus untuk mendengar kenyataan itu sambil dia masih cuba untuk menenangkan Aira.

Aira mendonggak ke atas dan mengambil nafas sedalamnya. "I just found out something...something horrible..."

Sarah dan Zain memandang satu sama lain dengan serentak apabila mendengar kata-kata Aira itu.

"It's Haider..." Aira menutup matanya dan bibirnya diketap untuk beberapa saat. Bibirnya terketar-ketar kerana dia sedang sedaya upaya menahan dirinya daripada menangis.

"I just...found out...yang Haider is the one..who sold dadah tu dekat Husna...." Tangisan yang Aira cuba tahan terus keluar dengan laju apabila dia mengeluarkan kata-kata itu. Aira yang sebelum ini mendonggak terus menunduk dan menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

"Wha—what?!" Sarah tersentak dan dia kelihatan tergamam. Tangannya yang mengusap belakang Aira itu dengan serta-merta terhenti.

"What are you saying?" Zain berkerut dan wajahnya penuh dengan kekeliruan. Dia seperti tidak memahami kenyataan Aira itu dengan sepenuhnya.

"Drugs yang....Husna guna..masa dia suicide tu...drugs tu semua...dari Haider...Haider yang jual dekat Husna..." Aira tersedu-sedu dalam tangisannya. Mukanya merah kerana dia memaksa dirinya untuk tidak meraung ketika itu.

Walaupun taman itu kosong dan tidak ada sesiapa kecuali mereka di situ, Aira tetap tidak mengeluarkan tangisannya yang kuat kerana dia tidak mahu kejiranan yang berada di sekeliling taman itu mendengarnya.

"She's dead...and he's one of the reasons why.." Aira menggeleng-gelengkan kepalanya dalam keadaan matanya tertutup dan menangis kerana dia masih tidak percaya dengan situasi yang dia berdepan sekarang.

"He was there..at the party...with her...the whole time...and they...they did drugs together.." Badan Aira menggigil-gigil sepanjang waktu dia bercakap.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now