Bab 33

4.5K 304 11
                                    

"Here we gooooo!"

Haider yang sedang memandu itu menekan butang kecil yang berada di sterengnya dan dengan serta -merta atap bumbung kereta yang dipandunya itu terbuka.

"WOOOOHOOO!"

Haider menjerit dengan sekuat hatinya sambil sebelah tangannya dihayun ke atas. Haider menekan pedal minyak dengan lebih kuat dan kereta itu dengan serta-merta memecut dengan lebih laju.

"WOOOHHH!!!!" Aira yang duduk di sebelah Haider itu pun mula menjerit apabila angin mulai bertiup dengan lebih kuat. Aira mengangkat kedua-dua tangannya menghala ke atas.

Angin semakin kuat bertiup dan keseluruhan pakaian mereka mula berterbangan dan berayun dengan laju. Rambut Haider yang sebentar tadi dalam keadaan rapi kini beralun dengan laju. Tudung Aira dengan kencang berkibar-kibar ke kiri dan ke kanan sepanjang waktu itu.

"I GOT MY HEAD OUT THE SUNROOF! I'M BLASTING OUR FAVOURITE TUNES!"

Lagu 'Sunroof oleh Nicky Youre dan Dazy' dimainkan di radio dan Haider terus menyanyi dengan sekuat hati. Haider menguatkan kelantangan radio itu sehingga ia dapat didengari dengan jelas di sebalik bunyi angin yang bertiup kuat itu. Dia kemudian mula menggerakkan badannya dan mula menari sambil sebelah tangannya memegang stereng. Haider menggoyang-goyangkan badannya sambil dia memandu.

Aira yang berada di sebelah Haider itu ketawa melihat gelagat Haider. Haider yang masih menyanyi itu memaling ke Aira apabila dia mendengar ketawanya. Haider ketika itu terus menyambut tangan Aira dan mengangkatnya ke atas. Tangan mereka berdua yang saling bertautan itu mula berayun ke kiri dan ke kanan.

"You're having a blast!" Aira berkata kepada Haider sambil dia ketawa.

"I'm happy! I'm very happy!" Haider memaling kepada Aira dan dia memberikan senyuman yang sangat lebar kepada Aira.

Sejak dari waktu Haider berjaya menghilangkan traumanya dengan kek di bakeri itu, Aira terus nampak perubahan yang drastik pada diri Haider. Selepas Haider berjaya mengatasi traumanya dan dapat membeli kek dalam keadaan yang tenang, Haider terus berubah. Perubahan diri Haider itu juga bukan negatif tetapi sangatlah positif.

Aira ketika itu sekali lagi perasan sesuatu yang berlainan terhadap Haider.

Itu kali pertama Haider mengeluarkan senyumannya yang betul-betul lebar. Haider kelihatan sangat gembira dan seronok. Kegembiraan yang ditunjukkan dari Haider semakin lama semakin jelas. Kegembiraan Haider kali ini seakan meliputi tahap kesempurnaan. Haider seakan telah mendapat mengisi kegembiraannya dengan penuh.

Aira teringat pada waktu yang paling ketara dia perasan perubahan Haider itu.

.

"You can do it..I believe in you." Aira mengenggam tangan Haider dengan kuat dan mengucup kepala Haider perlahan.

Mereka baru sahaja selesai membuat pembelian di bakeri itu dan mereka berdua sekarang berada di dalam kereta. Masa mereka masih lagi banyak sebelum mereka perlu berkumpul, jadi Aira mengambil peluang itu untuk membantu Haider merealisasikan impiannya yang ingin membuang traumanya itu di dalam kereta mereka. Aira pada waktu itu sedang berusaha membantu Haider untuk makan kek yang baru dibeli mereka itu.

Kek itu sekarang berada di atas armrest dan ia masih tidak disentuh.

"It's okay, take your time." Aira mengusap rambut Haider dengan lembut.

Haider mengangguk dan perlahan-lahan mencapai garfu yang tersedia di dalam bungkusan kek itu. Haider mula menggigil apabila garfu yang dipegangnya itu dirapatkan ke kek itu.

Aira tanpa berlengah terus menyambut tangan Haider yang memegang garfu dalam keadaan menggigil itu. Haider ketika itu memaling kepada Aira dan dia kelihatan terkejut.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now