Bab 25

5.3K 340 14
                                    

⚠️ Disturbing Scene

Keesokan harinya (Hari kejadian)

Aira membuka matanya dan dia nampak Sarah sedang duduk di sebelah katilnya. Sarah sedang memandang Aira dengan penuh kerisauan.

"Kau dah bangun..." Sarah terus mencapai air kosong yang berada di tepi katil Aira itu. Dia kemudian membantu Aira yang sedang cuba menyandarkan badannya pada headborad katil itu.

Selepas itu, Sarah meletakkan cawan yang dipegangnya pada mulut Aira dan Aira minum air itu secara perlahan.

"Kau dah okey?" Sarah bertanya sambil dia meletakkan cawan itu ke tepi.

Apabila mendengar pertanyaan Sarah itu, Aira tiba-tiba teringat kejadian semalam. Dia teringat apa yang terjadi dengan dirinya. Aira terus menangis perlahan.

Sarah segera memeluk Aira. Dia mengusap-usap kepala Aira perlahan. Dia menenangkan Aira tanpa berkata apa-apa. Dia mungkin tahu tentang kejadian itu. Sarah mungkin tahu apa yang terjadi kepada Aira malam semalam.

"Aku...." Aira menangis dalam dakapan Sarah.

"It's okay..it's okay..." Sarah cuba menenangkan Aira.

Aira tidak mahu mengingati tentang itu. Dia trauma dengan kejadian itu. Dia masih lagi dalam keadaan yang terkejut. Dia kembali takut apabila teringat tentang perkara semalam. Dia tidak sangka malam semalam boleh jadi begitu buruk kepadanya.

Sarah menenangkan Aira dengan mengusap belakangnya perlahan.

"Kau sorang... je ke yang datang?" Aira bertanya sebaik sahaja dia mulai kembali tenang. Dia mengelap air matanya.

Sarah menggeleng. "Zain pun datang. Dia dekat ruang tamu."

Aira mengganguk perlahan. "family aku?"

"Emak kau ada dekat dapur, mak kau kata ayah kau dengan Husna dah pergi kerja awal pagi tadi."

Aira pada waktu itu tiba-tiba teringat serba sedikit tentang apa yang terjadi sewaktu mereka pulang dari parti Rina semalam.

Dia ingat sewaktu dia sedar, dia sudah berada di atas katilnya. Dia nampak yang emak dan ayahnya duduk di atas katilnya bersama Husna. Dia nampak emak dan ayahnya yang sedang dalam keadaan terkejut sambil mendengar penceritaan Husna tentang kejadian itu. Husna menangis-nangis sambil dia bercerita tentang perkara itu. Wajahnya penuh dengan keperitan dan dia kelihatan sangat pucat.

Aira ingat riak wajah keluarganya apabila mereka melihat dia telah bangun pada waktu itu, mereka terus menangis dan memeluk Aira. Aira pada waktu itu pun turut menangis. Aira memeluk mereka dengan erat dan mengumpulkan segala kehangatan yang dirinya perlukan dari mereka malam itu.

Aira ingat dia nampak Husna hanya melihat dia dipeluk oleh emak dan ayah mereka dari jauh. Dia nampak Husna menangis perlahan sendirian. Husna tidak perasan yang Aira sedang memerhatikan dia.

Aira boleh membaca riak wajah Husna itu. Dia nampak yang Husna seakan menyalahkan dirinya yang kejadian itu berlaku. Aira nampak Husna seperti merasakan dirinya punca perkara itu terjadi kepada Aira. Husna rasa itu adalah salahnya.

Aira ingat yang dia cuba memanggil Husna yang menangis sendirian itu dan mengajaknya untuk bersama-sama mendapatkan kehangatan dari emak dan ayahnya, tetapi Husna menggelengkan kepalanya, menolak pelawaan Aira itu. Dia melihat Aira dengan penuh penderitaan pada wajahnya dan dia kemudian terus keluar dari bilik Aira itu.

Aira ingat selepas Husna meninggalkan biliknya itu, emak dan ayahnya meleraikan pelukan mereka dan mereka menyatakan kepada Aira yang mereka mahu membuat laporan tentang kejadian yang melanda Aira semalam. Tetapi, Aira menolak. Dia tidak mahu membuat laporan tentang apa yang terjadi kepada dirinya itu. Dia tidak mahu ia berpanjangan. Aira mahu melupakan kejadian itu dan dia tidak mahu orang lain tahu apa yang terjadi. Emak dan ayah Aira pada mulanya tidak bersetuju, tetapi Aira tetap dengan jawapannya. Dia tidak mahu membuat laporan tentang kejadian itu.

Dalam Lamunan KitaWhere stories live. Discover now